Melangkah ke Masa Depan: Rebat Motosikal Elektrik Bernilai RM2,400 Untuk Anda!

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Pada Belanjawan 2024 yang lepas, Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik, atau lebih dikenali sebagai MARiiCas telah diumumkan. Setelah itu, bertarikh 8 Disember 2023 baru-baru ini, ianya telah pun dilancarkan. Skim ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk Malaysia beralih ke penggunaan kenderaan elektrik. Inisiatif ini disokong oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii).

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin bahawa inisiatif ini dapat meningkatkan penerimaan rakyat untuk beralih daripada penggunaan enjin pembakaran dalam (ICE) kepada EV. Langkah ini selaras dengan hasrat dan sasaran kerajaan untuk mencapai karbon sifar menjelang 2050 serta mencapai target jualan EV sebanyak 20 peratus pada tahun 2030 melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).



motosikal elektrik

BACA JUGA : PENGENALAN ASAS PELABURAN

4 Sebab Kenapa Perlu Pilih Motorsikal Elektrik

1. Memelihara Alam Semula Jadi: Menggalakkan keseimbangan alam dengan melindungi kepelbagaian biologi dan menjaga kualiti udara serta air. Penggunaan motorsikal elektrik membantu mengurangkan pencemaran dan menjaga kestabilan iklim.

2. Kos Penyelenggaraan Rendah: Motosikal elektrik memerlukan kos penyelenggaraan yang rendah kerana mempunyai bahagian bergerak yang lebih sedikit berbanding dengan motosikal konvensional. Kemudahannya dalam penjagaan menjadikannya pilihan yang menjimatkan.




3. Pengurangan Kos Bahan Api: Pengguna motorsikal elektrik menikmati pengurangan kos bahan api dengan pengecasan bateri elektrik yang lebih ekonomi berbanding pembelian bahan api untuk motosikal konvensional.

4. Bebas dari Bergantung pada Bahan Api Fosil: Motosikal elektrik tidak memerlukan bahan api fosil, membantu mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga yang terhad dan mengurangkan kesan merosakkan alam.

Pilihan Rebate yang Fleksibel

Program MARiiCas menawarkan dua pilihan rebat yang fleksibel bagi pembelian atau langganan motosikal elektrik:

  1. Rebat Tunai RM2,400: Bagi mereka yang memilih untuk membeli motosikal elektrik, mereka berhak menerima rebat tunai sebanyak RM2,400.
  2. Rebat Bulanan RM200: Bagi yang memilih langganan, rebat tunai sebanyak RM200 akan diberikan setiap bulan selama 12 bulan.


Kelayakan dan Tempoh Permohonan Rebat Motosikal Elektrik

motosikal elektrik

Program ini terbuka untuk individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah, Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan memiliki lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, atau B2). Tempoh permohonan MARiiCas bermula pada 8 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.



Cara Mudah Memohon Rebat Motosikal Elektrik

Proses permohonan MARiiCas adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web MARiiCas. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Pendaftaran ID Pengguna: Lawati laman sesawang MARiiCas untuk mendaftarkan ID Pengguna.
  2. Pengesahan E-mel: Setelah mendaftar, pengguna akan menerima e-mel verifikasi. Pastikan untuk memeriksa folder spam jika e-mel verifikasi tidak diterima pada folder utama.
  3. Log Masuk dan Permohonan: Log masuk semula ke laman web untuk memulakan proses permohonan MARiiCas. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Bayaran Perkhidmatan dan Pengesahan: Bayaran perkhidmatan sebanyak RM10 akan dikenakan untuk setiap permohonan, dan pengguna akan menerima e-mel pengesahan.
  5. Semakan Keputusan: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

Dokumen Sokongan yang Diperlukan Untuk Memohon Rebat Motosikal Elektrik

Dokumen sokongan termasuk salinan kad pengenalan, salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan, dan salinan lesen memandu motosikal yang sah.

Program MARiiCas diharapkan dapat mendorong lebih ramai individu untuk memilih motosikal elektrik, menyumbang kepada usaha negara dalam mengurangkan impak alam sekitar dan meningkatkan kecekapan tenaga. Jika terdapat sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi [email protected].

Rujukan :
1. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/12/1038780/pujuk-rakyat-beli-kenderaan-elektrik
2. https://insentif.marii.my/mariicas
3. https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/skim-motosikal-elektrik

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment