Isi Kandungan
Bayaran Bantuan E-Wallet RM200
Sama seperti tahun sebelumnya apabila Bajet 2022 dibentangkan, Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia akan diteruskan pada tahun ini. Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.
Apa yang menarik mengenai e-Wallet tahun ini adalah ia menawarkan kadar bantuan tambahan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini sahaja.
Bantuan e-Wallet telah dijenamakan kepada e-Tunai Belia Rahmah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenainya.
e-Tunai Belia Rahmah RM200
Berdasarkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai bagi tahun 2023 akan diteruskan.
Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia yang berumur antara 18 sehingga 20 tahun.
Untuk makluman, kadar bayaran e-Tunai pada tahun ini akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.
Baca Juga :
- STR Bujang : Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah
- Bantuan Khas Aidilfitri RM700 Tahun 2023
Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah
Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Startup akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-Wallet kepada 2 kumpulan di mana setiap kumpulan akan menerima bantuan pada kadar berikut:
- Single e-Beginner : RM200
- e-Starter M40 : RM100
Syarat Kelayakan Bantuan e-Tunai 2023
Berikut adalah syarat kelayakan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah :
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
- Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas
Kami akan mengemas kini lebih banyak maklumat mengenai inisiatif e-Tunai bantuan kredit e-Wallet ini jika terdapat sebarang maklumat baharu mengenainya.
Tarikh Bayaran Bantuan E-Wallet RM200
Tarikh rasmi bagi bayaran bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Namun, dijangkakan pembayaran bagi bantuan ini akan dilaksanakan pada pertengahan tahun (Mac) ini.
Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Bajet 2023 di sini https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.