RASMI : Permohonan Bantuan Lesen Memandu (BLM) Tahun 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Pada 24 Februari 2023, kerajaan perpaduan telah mengumumkan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dengan memberikan kemudahan mengambil ujian memandu secara percuma dalam pembentangan Belanjawan 2023.



Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini, boleh terus bersama artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023




Perlaksanaan bantuan lesen memandu ini akan dijalankan pada tahun ini dan dilaksanakan bagi membantu rakyat terutama daripada golongan belia kerana menurut beliau, belia-belia ini adalah antara individu-individu yang bakal membantu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor pengangkutan awam.

Bantuan Lesen Memandu 2023

Baca Juga :



Jenis Bantuan Lesen Memandu Yang Ditanggung

Dalam pembentangannya tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan bahawa ujian memandu secara percuma ini hanya akan diberikan kepada beberapa jenis ujian sahaja, iaitu;

  1. Lesen Motorsikal B2
  2. Lesen teksi
  3. Lesen Bas
  4. Lesen e-hailing

Hal ini demikian kerana, kerajaan berharap dengan menawarkan lesen memandu secara percuma, ia sekaligus dapat membuka tawaran pekerjaan kepada golongan belia, dan seterusnya membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Cara Mohon Bantuan Lesen Memandu 2023

Permohonan dan syarat kelayakan bagi mengambil lesen memandu secara percuma belum lagi dimaklumkan.




Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa dalam masa terdekat beliau akan mengumumkan secara terperinci syarat kelayakan mendapatkan bantuan lesen percuma ini dan juga bagaimana permohonan untuk mendapatkannya boleh dilakukan.

Segala maklumat terkini berkenaan cara memohon dan syarat kelayakan bantuan ujian memandu ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk pengetahuan umum.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment