TERKINI : 5 Pengeluaran KWSP Yang Kerajaan Benarkan

Kongsi Artikel Ini

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat 5 Pengeluaran KWSP yang anda boleh lakukan jika terdesak.

Sebenarnya, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.



Jangan cakap kerajaan tak tolong, ini 5 perkara yang boleh keluar melalui i-Akaun KWSP.

5 Pengeluaran KWSP Untuk Golongan Memerlukan

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata beliau sudah menjawab perkara itu di Dewan Negara dan jawapannya sudah pun diketahui semua orang bahawa kerajaan membenarkan 5 kategori pengeluaran bagi golongan yang benar-benar terdesak.

5 Pengeluaran KWSP




Namun, beliau menjelaskan bahawa 5 Pengeluaran KWSP boleh dibuat bagi tujuan yang membabitkan;

  1. Perumahan
  2. Pendidikan
  3. Kesihatan
  4. Pelan perlindungan seperti sakit kronik dan sebahagian
  5. Kos haji RM3,000.

Artikel Berkaitan :

“Kita tak kata apabila kita tak benarkan, maka tak boleh keluar KWSP. KWSP masih lagi boleh dikeluarkan. Ada lima perkara yang boleh dikeluarkan untuk Akaun 2 KWSP, bukan kita tak benarkan.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia di sini, hari ini.

5 Pengeluaran KWSP



Yang turut hadir, Akauntan Negara Malaysia, Datuk Dr Yacob Mustafa.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sebelum ini berkata adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.

Namun, bekas Menteri Kewangan Kedua itu menegaskan, pengeluaran secara terus itu hanya dibenarkan bagi mereka yang memerlukan dana untuk kecemasan seperti membayar perbelanjaan kesihatan atau pendidikan.




Jelasnya, dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai sokongan permohonan pinjaman, peminjam akan dibebani dengan bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman.

Malah, katanya, skim itu juga boleh menyebabkan masalah kepada bank kerana proses berkenaan memerlukan semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.

Dalam pada itu Ahmad berkata, setakat semalam, seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) KWSP sejak ia mula dibuka 7 April lalu.

“Daripada jumlah ini, mereka yang layak adalah seramai 27,705 sahaja kerana kerana kita dah maklumkan bahawa hanya yang berumur 40 ke atas yang layak, bermakna selebihnya itu berumur 40 tahun ke bawah,” katanya.



Sumber : selayangpandang.net

Leave a Comment