MyLesen 2024 : Permohonan Bantuan Lesen Kini Dibuka

Kongsi Artikel Ini

PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN – BILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD!!!

Tuan / puan yang tidak sempat memohon tempoh hari kini boleh boleh hadir ke JPJ Negeri Melaka jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama, khususnya warga Melaka.

MyLesen 2024

Isi Kandungan

Pengenalan Program MyLesen B2

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Melalui program ini, peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 iaitu Motosikal tidak melebihi 250 c.c.

MyLesen 2024

Syarat Permohonan MyLesen

Syarat-syarat Peserta:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Penerima bantuan eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN ;
  • Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon ;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu.

Cara Memohon MyLesen B2 Melaka

Sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang seperti di infografik.

Artikel Trending :

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

Kompleks JPJ
75990 Melaka Tengah
Koordinat: 2.230957, 102.297134 @

MyLesen 2024

Soalan Lazim

1. Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu
mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ
sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti
berikut:

1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

2. Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang
telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi
terhampir dengan pilihan peserta.

3. Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan
dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain.
Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta
terhadap Program yang dilaksanakan.

Rujuk Soalan Lazim di sini : SOALAN-LAZIM-FAQ-MyLesen-B2-1

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2, boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka di talian 06-251 4049/4050.

Dapatkan info terkini tentang program ini dan program-program kelolaan JPJ melalui media sosial dan laman web JPJ Melaka :

Leave a Comment