e-Kasih : Permohonan Bantuan RM600 Baucar Dan Bakul Makanan STR

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Whatsapp

Permohonan Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan STR. Di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), isi rumah yang layak akan menerima sumbangan hingga RM3,100 bergantung pada bilangan anak.



Ini adalah sebahagian daripada intipati Belanjawan 2023 di bawah bantuan rakyat supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Selain itu, Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

Semakan e-Kasih Untuk Tambahan RM600 STR

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;




https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

  • Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
  • Klik untuk carian

Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;

  • Nama
  • KIR / AIR
  • Nama KIR
  • Status Daftar
  • Negeri
  • Daerah

Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan

Untuk semakan ekasih bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh juga nombor kad pengenalan mereka bagi mengetahui status e-kasih.

Maklumat yang dipaparkan bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu anak atau isteri adalah sebagaimana contoh di bawah:

Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan



Baca Juga :

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan

Kelayakan penerima tambahan RM600 ini adalah kategori isi rumah yang tersenarai di bawah kategori miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM).

Semakan untuk data ekasih boleh dibuat sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan



Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan

Buat masa ini Kerajaan belum lagi memperincikan apakah bentuk barangan atau bakul makanan yang akan diberikan.

Namun berdasarkan pengalaman penerima bakul makanan JKM 2021 (ketika PKP) bakul makanan yang disediakan merupakan keperluan asas keluarga seperti berikut :

Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan

Begitu juga untuk baucar untuk barangan makanan asas, akan diperincikan lagi selepas ini oleh kerajaan apakah bentuk barangan yang boleh dibeli dan tidak boleh dibeli.




Leave a Comment