Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450

 

telegram%2Bimage

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Kami dari Triviamy akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450

Syarat-syarat Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450

1) Warganegara Malaysia
2) Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
3) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
4) Permohonan boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Dokumen-dokumen Sokongan

Semua permohonan wajib disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
1) Salinan kad pengenalan / pasport Ibu;
2) Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga;
3) Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;
4) Salinan buku rekod kesihatan ibu;
5) Salinan penyata akaun bank terkini; dan
6) Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada pegawai perubatan.

Kaedah Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dibuat melalui:
(i) Online di aplikasi iSarawakCare
Muat turun aplikasi/app di Google Play Store dan Apple App Store
(ii) Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/borangbib2022

Peringatan/Makluman:
(i) Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020;
(ii) Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar; dan
(iii) Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.

Maklumat Lanjut Bantuan Ibu Bersalin RM450

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami di e-mel: [email protected] atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare
KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari iSarawakCare
Bantuan Ibu Bersalin RM450

Leave a Comment