Nak Mohon Konstabel Polis Gred YT1 Bermula 14 November 2023? Ketahui Perbezaan Gred YT1 dan YA1. Exclusive !

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Permohonan Konstabel Polis Gred YT1

Permohonan Konstabel Polis Gred YT1 akan dibuka pada 14 November 2023 sehingga 30 November 2023. Baca panduan permohonan pada artikel kali ini.



Maklumat Iklan Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan : Konstabel Polis Gred YT1

Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2023 sehingga 30 November 2023




Keperluan & Kelayakan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1

Syarat-syarat permohonan Konstabel Polis :-
a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;
c) Kelayakan Akademik :
i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan
ii) PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
iii) PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.
d) Kelayakan Fizikal (Utama) :
– Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu
– Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg

PROSES PENGAMBILAN JAWATAN DALAM PDRM

permohonan konstabel polis

1. Permohonan melalui sistem e-pengambilan PDRM 
– Permohonan berdasarkan jawatan yang diiklankan mengikut tempoh masa yang ditetapkan

2. Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan
– Bagi calon yang memenuhi syarat dan permohonan lengkap
– Larian 2.4 KM


3. Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) PDRM
– Bagi calon yang lulus Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan

4. Temu Duga
– Bagi calon yang lulus Ujian SPIER PDRM

5. Tapisan Keselamatan & Kesihatan
– Bagi calon yang lulus temu duga
– Pemeriksaan kesihatan di Klinik/Hospital Kerajaan (bergantung kepada arahan semasa)

6. Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK)
– Menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang ditetapkan

BACA JUGA : REBAT BIL ELEKTRIK

Dapatkan Iklan/Borang Permohonan

1. Iklan permohonan boleh dilihat di laman Facebook Unit Pengambilan PDRM



2. Permohonan dan semakan keputusan(setelah pendaftaran) boleh dibuat melalui Portal e-Pengambilan PDRM

3. Untuk membuat permohonan konstabel polis, anda perlu melakukan langkah-langkah berikut :

permohonan konstabel polis

– Taipkan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’ anda;
– Tekan butang ‘Log Masuk’;
– Tekan butang ‘Permohonan Baru’;
– Tekan butang ‘Pengesahan’ untuk mengesahkan maklumat calon; dan
– Tekan butang ‘Serah’.
– Pemohon akan mendapat notifikasi bahawa permohonan telah berjaya dihantar.

4. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah sahih dan benar

Perbezaan Konstabel YT1 dan YA1

Bagi anda yang akan membuat permohonan untuk jawatan YT1, lihat perbezaan gred YT1 dan YA1 dibawah.

konstabel polis

Rujuk lebih banyak info berkenaan dengan jawatan polis di laman web Royal Malaysia Police

Anda rasa info permohonan Konstabel Polis YT1 ini bermanfaat?Jika bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan dan saudara-mara yang lain. Terima kasih.

Ingin dapatkan informasi peluang kerjaya terkini?Tinggalkan emel anda disini. Kami akan memaklumkan kepada anda berkenaan peluang kerjaya yang tersedia. Semoga berjaya !

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment