Penjawat Awam Terima BKP RM300 Bermula September 2023

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Khas Penghargaan, BKP RM300

Penjawat awam negeri di Sabah menerima Bantuan Khas Penghargaan (BKP RM300) yang akan dibayar pada 25 September ini.



Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong menerusi surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan Sembilan 2023 yang ditandatanganinya pada 5 September lalu.

Artikel berkaitan :

Berdasarkan pekeliling berkenaan, pesara kerajaan negeri turut menerima bayaran BKP sebanyak RM200 yang sudah diberikan melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kepada penerimanya pada 10 Ogos lalu.




BKP RM300
Gambar Hiasan – Harian Metro

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 bersetuju untuk memberikan BKP RM300 Penjawat Awam Negeri kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.


“BKP RM300 ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam pekeliling berkenaan.

Pekeliling itu dimuat naik dalam laman sesawang kerajaan Sabah sebagai makluman kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri sejak 6 September lalu.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1008987/penjawat-awam-sabah-terima-bkp-rm300

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

 

Leave a Comment