PEMULIH: Senarai Bantuan Rakyat Terkini Julai-Disember 2021

Kongsi Artikel Ini

PEMULIH: Senarai Bantuan Rakyat Terkini Julai-Disember 2021. Pada tanggal 28 Jun lalu telah berlangsungnya pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Pakej ini telah diperkenalkan untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang masih berada dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Nilai keseluruhan bagi Pakej PEMULIH ialah sebanyak RM150 bilion.

PEMULIH ini bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:

  1. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  2. Menyokong Perniagaan
  3. Meningkatkan Vaksinasi

Isi Kandungan

SENARAI BAGI PAKEJ PEMULIH

Berikut adalah antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin:

  • Bantuan tunai akan langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion dan termasuk tambahan BPR RM500 pada Julai.
  • BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan di antara RM100 sehingga RM1,400 akan mula dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Baca: Semakan Bayaran & Status Kelulusan Permohonan BPR
  • Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bakal menerima RM500 pada Ogos, November dan RM300 pada Disember.
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan kepada setiap individu yang terkesan berdasarkan data KWSP dan PERKESO.
  • Elaun untuk mencari pekerjaan RM300 yang boleh didaftar melalui MyFutureJobs.
  • Tambahan RM300,000 bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada semua ahli parlimen.
  • Pengekalan bagi harga runcit RON95, diesel, LPG.
  • Pengawalan bagi harga minyak masak RM30/botol.
  • Subsidi pek polibeg 1kg akan dikekalkan pada harga RM2.50.
  • Diskaun untuk bil elektrik antara 5-40% had maksimum 900KWJ sebulan.
  • Pemberian 1GB data harian Internet secara percuma sehingga 31 Disember tahun ini.
  • Bayaran tambahan GKP 4.0 yang berjumlah RM500 masing-masing pada September dan November 2021 (pendaftaran dibuka pertengahan Julai nanti).
  • PSU 4.0 agar dapat memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja (tiada syarat had gaji ditetapkan).
  • i-Citra KWSP bagi pengeluaran maksimum RM5,000.

Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk Teks Ucapan Ini

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) PEMULIH

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH

BKC adalah bantuan tunai yang terbaru diperkenalkan dalam pakej PEMULIHAN.

Jumlah bantuan mengikut kategori berikut:

  • Yang Pertama, isi rumah kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember. Manakala individu bujang bagi kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.
  • Yang Kedua, isi rumah kategori B40 bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bagi kategori bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.
  • Yang Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menerima bantuan sebanyak RM250, manakala bagi kategori bujang M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.
  • Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini akan dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

DISKAUN BIL ELEKTRIK PEMULIH

Diskaun Bil Elektrik Pakej PEMULIH

Kerajaan juga turut bersetuju bagi memberikan diskaun untuk bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada pengguna elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi pengguna antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

Secara keseluruhan, rakyat akan menerima diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan mula berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

DATA INTERNET PERCUMA 1GB PEMULIH

Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara bersetuju bagi melanjutkan pemberian data 1GB harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.

Kemudahan ini telah dianggarkan bernilai 500 juta ringgit bakal dimanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.

GERAN KHAS PRIHATN GKP 4.0

Permohonan Geran Khas Prihatin 4.0

Bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 akan mula dibayar pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021 ini.

Baca Juga: Geran Khas Prihatin 4.0: Cara Mohon RM1,000 GKP 4.0

PROGRAM I-CITRA KWSP

Permohonan i-Citra KWSP

KWSP akan mula memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Dengan menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sebanyak 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit setiap sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Pelaksanaan i-Citra akan dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian mereka.

Baca Juga: i-Citra KWSP: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 Ogos-Disember 2021

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, pembayaran pertama dijangka akan mula dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Leave a Comment