Rahsia dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Kongsi Artikel Ini

Malam lailatul qadar – Kita kini berada di fasa terakhir pada 10 malam terakhir Ramadan, di mana malam seperti ini adalah kemuncak ibadat salafussoleh berdasarkan kepada nas beberapa hadith yang menyatakan malam lailatul qadar berlaku pada 27 Ramadhan.

Justeru, amat wajar kita gunakan malam yang berbaki ini dengan bersungguh-sungguh doa dan munajat kepada Yang Maha Esa. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya serta yang mengikut jejak langkahnya.

lailatul qadar

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, maka apakah doa yang mesti kuucapkan?” Jawab Nabi SAW: “Berdoalah:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka kepada pengampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384). Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu‘aib al-Arna’uth menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah.

Al-Hafiz Ibn Rajab menekankan pentingnya memohon keampunan kepada Allah pada malam al-Qadar selepas bersungguh-sungguh dalam amalan pada malam-malam Ramadan dan juga sepuluh malam terakhir.



BACA JUGA : AMALAN DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Menurutnya, seorang yang bijak adalah yang sungguh-sungguh dalam amalannya, tetapi dia tetap merasa bahawa amalan yang dilakukannya tidak mencapai kesempurnaan. Oleh itu, dia giat memohon keampunan kepada Allah seolah-olah dia merasakan kekurangan besar kerana dosanya.

Isi Kandungan

Doa Untuk Kemaslahatan

  • Doa Keampunan

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunilah aku.” 13

Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850), Ahmad (25384), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (7665) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3427)

  • Doa Mohon Keampunan

اللَّهُمَّ إنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، ولَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 3

Riwayat al-Bukhari (7387) dan Muslim (2705)

  • Doa Mohon Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah dan Kekayaan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى ، وَالتُّقَى ، وَالْعَفَافَ ، وَالْغِنَى

Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, sifat iffah dan kekayaan.” 8

Riwayat Muslim (2721), al-Tirmizi (3489), Ibn Majah (3105), Ahmad (3950) dan Ibn Hibban (900)

  • Doa Memohon Ilmu, Rezeki dan Amalan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” 10

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)

  • Doa Memohon ‘Afiyat dan Pemeliharaan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” 12

Riwayat Abu Daud (5074), al-Nasa’ie (5530), Ibn Majah (3871), Ibn Hibban (961), Ahmad (4785) dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (1200)




Kelebihan Malam Lailatul qadar

lailatul qadar

1. Lebih Baik daripada Seribu Bulan:

Imam al-Qurtubi menyatakan bahwa malam Lailatul Qadar memiliki kelebihan yang luar biasa, di mana kebaikan yang terkandung di dalamnya jauh melampaui kebaikan ibadah selama seribu bulan. Menurut pandangan ini, amalan yang dilakukan pada malam Lailatul Qadar lebih bernilai daripada ibadah selama seribu bulan. Pendapat ini didukung oleh Abu al-‘Aliyah.

2. Turunnya Malaikat dan Jibril:

Pada malam Lailatul Qadar, malaikat dan Jibril turun dari langit-langit ke dunia untuk mengaminkan doa-doa orang yang memohon pada malam tersebut. Hal ini merupakan tanda rahmat Tuhan kepada hamba-Nya yang beribadah pada malam yang istimewa ini.

3. Mendapat Keselamatan dan Kebaikan:

Malam Lailatul Qadar juga merupakan malam di mana keselamatan dan kebaikan merata. Menurut Al-Dahhaq, Allah menetapkan keselamatan pada malam tersebut, sementara Mujahid berpendapat bahawa malam ini merupakan malam yang terbebas dari kejahatan syaitan. Dengan kata lain, pada malam ini, tidak ada kejahatan yang dapat mengganggu kebaikan dan ketentraman umat manusia hingga fajar menyingsing.


Semoga kita diberkati dengan kehadiran di Malam Lailatul Qadar

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk meningkatkan amalan dan memanjatkan doa kepada Allah dalam semua keadaan, terutamanya di dalam sepuluh hari terakhir Ramadhan yang menyaksikan kehadiran malam yang istimewa.

Pada akhirnya, kita berharap agar Allah SWT memberikan kita kesihatan yang baik agar segala ibadah kita dapat dilaksanakan dengan sempurna sepanjang sisa bulan Ramadhan ini, dan juga semoga kita diberkati dengan kehadiran di Malam Qadar. Amin.

Sumber : zulkifli al bakri, seismik

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment