Lagu Balik Kampung Nyanyian Sudirman – Bukan Lagu Raya

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Lagu Balik Kampung Nyanyian Sudirman – Bukan Lagu Raya

Siapa tak kenal dengan lagu Allahyarham Sudirman Balik Kampung yang cukup sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri. Lagu yang sering didendangkan di radio dan juga pasar raya ketika musim raya menjelma kerana alunan musiknya yang penuh ceria dan membangkitkan semangat untuk pulang ke kampung berhari raya.

Namun tahukah anda bahawa lagu Balik Kampung bukanlah lagu yang dicipta untuk hari raya? Mari sama-sama kita selami sejarah di sebalik penciptaan lagu Balik Kampung.

Lagu Balik Kampung Nyanyian Sudirman - Bukan Lagu Raya



Sejarah Lagu Balik Kampung Nyanyian Sudirman

Lagu ini dicipta pada tahun 1984 oleh S. Atan dengan tujuan asalnya lagu ini dihasilkan adalah untuk menggambarkan keseronokan pemuda-pemudi atau mahasiswa yang berada di kota pulang ke kampung untuk mengundi.

Menurut S. Atan, lagu ini dicipta sempena kempen pilihan raya bagi menggambarkan perasaan anak muda dapat bercuti dan pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Bagi menambahkan jiwa dan rasa, lagu ini disuntik dengan elemen sama seperti yang selalu kita rasai sewaktu balik berhari raya di desa tercinta. Beliau tak sangka bahawa lagu ‘Balik Kampung’ akan menjadi ‘evergreen‘ (malar segar) hingga ke hari ini sebaik tibanya musim perayaan Aidilfitri.

image 2024 04 01 155238338
S. Atan yang aktif sebagai penerbit dan komposer sejak awal 1970-an




Lagu Balik Kampung Berubah Jadi Lagu Raya 

Individu yang bertanggungjawab menjadikan lagu Balik Kampung sebagai lagu raya sebenarnya adalah kumpulan New Boyz. Pada tahun 2001, kumpulan New Boyz yang dibintangi oleh Tomok pada waktu itu.

Melalui album Salam Aidilfitri, New Boyz telah menyanyikan semua lagu Balik Kampung dengan musik video yang berlatarkan suasana hari raya.

image 2024 04 01 160256505

Di dalam video tersebut menunjukkan sekumpulan anak muda beramai-ramai menaiki bas menuju ke kampung untuk pulang beraya. Seterusnya menanamkan lagi semangat raya pada lagu ‘Balik Kampung’ walaupun sebenarnya dalam lagu tersebut tidak ada satu pun perkataan ‘Raya’ ataupun ‘Hari Raya’.

Dan sehinggalah sekarang, lagu ‘Balik Kampung’ terus menjadi antara lagu paling ikonik untuk Hari Raya Aidilfitri.

BACA JUGA ========
PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar

 




 

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment