Kronologi Pesawat Terhempas Di Elmina Dan Senarai 10 Mangsa Yang Terlibat

Kongsi Artikel Ini

SHAH ALAM : Tragedi pesawat terhempas di sekitar kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16 telah menggemparkan negara apabila orang awam berkongsikan detik cemas di dalam pelbagai platform media sosial.

Pesawat Terhempas Elmina

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.



Pesawat Terhempas Elmina

Namun, pesawat malang itu terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.

Kronologi Ringkas Pesawat Terhempas Di Elmina

Berikut adalah kronologi sehingga membawa kepada tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam:

2:08 petang: Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

2:47 petang: Hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang.

2:48 petang: Kebenaran mendarat telah diberikan.

2:51 petang: Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas namun tiada panggilan ‘mayday’ dibuat oleh pesawat tersebut.

5:00 petang: Datuk Hussein Omar Khan menyatakan, beliau mengesahkan 10 nyawa terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

6:00 petang: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian di Elmina.

7:20 malam: Sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung tragedi pesawat ringan terhempas langsung dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

9:10 malam: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meninjau Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi membantu beri sokongan mental kepada waris mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terbabit.




Peswat Terhempas Elmina

Menurut kronologi yang dikongsikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pesawat membawa dua kru kapal dan empat penumpang.

Perkeso

Baca juga : Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Ke Dalam MyKad

Datuk Hussein Omar Khan menyatakan, nahas pesawat tersebut turut merempuh sebuah kenderaan dan sebuah motosikal.

Kejadian pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di kawasan perumahan Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, di sini, petang tadi, sempat dirakam kamera dashcam beberapa kenderaan ketika kejadian.

Pesawat Terhempas Elmina

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman juga, menerusi ciapannya di Twitter berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Berdasarkan siaran media bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke, beliau menyatakan nama kru dan penumpang yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah alam.

Pesawat Terhempas Elmina

Kru:

  1. Shahrul Kamal Roslan
  2. Heikal Aras Abdul Azim


Penumpang:

  1. Kharil Azwan Jamaludin
  2. Shaharul Amir Omar
  3. Mohamad Mohamed Muaidi
  4. Dato’ Seri Johari Harun
  5. Muhammad Taufiq Mohd Zaki
  6. Idris Abdol Talib @ Ramali

Pesawat Terhempas Elmina

Sekitar jam 9:15 malam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut turun padang bersama pasukannya untuk memberi sokongan mental kepada waris mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina. – Buletin TV3

Leave a Comment