Isi Kandungan
KEPUTUSAN PENEMPATAN TAHUN 1
Untuk membuat semakan samada anak berjaya didaftarkan ke sekolah pilihan masing-masing, anda boleh semak keputusan penempatan melalui proses-proses yang akan dimaklumkan dibawah.
SYARAT KEMASUKAN BAGI TAHUN 1
Bagi permohonan pendaftaran Tahun 1 2024, semua yang ingin mendaftar harus memenuhi syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia
- Anak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Baca Juga : STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN
Semakan keputusan penempatan dapat dilakukan melalui proses berikut :
1. Log Masuk ke Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) (moe.gov.my)
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan kata kunci keselamatan yang telah ditetapkan kemudian masukkan kata laluan.
3. Tekan pada tiga palang dibahagian atas sebelah kanan dan pergi ke halaman Aplikasi
4. Klik pada Pengurusan Awam, kemudian anda akan di bawa ke halaman baharu kemudian klik pada Permohonan Kemasukan yang terpapar disebelah kiri halaman.
5. Tertera Pendaftaran Tahun 1 2024, klik pada pautan tersebut dan anda akan mendapati Status Permohonan Tahun Satu KPM samada Penempatan diluluskan atau tidak.
6. Sekiranya diluluskan, anda perlu mencetak beberapa borang yang tersedia seperti Surat Tawaran Penempatan, Borang Permohonan, Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Borang Rawatan Pergigian.
7. Kesemua borang ini harus dihantar ke sekolah penempatan masing-masing bermula 1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023.
TARIKH-TARIKH PENTING SEMAKAN PERMOHONAN
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi semakan permohonan
TIPS PERSEDIAAN PENEMPATAN PELAJAR
Kepada semua Ibubapa diluar sana, pastikan anda mempersiapkan anak-anak anda menggunakan panduan dibawah :
- Pastikan anak-anak anda telah mengenal huruf dan tahu membaca. Hal ini kerana, sistem pendidikan telah berubah, anak-anak yang melangkah masuk ke Tahun 1 sekurang-kurangnya telah menguasai beberapa perkara asas seperti mengenal huruf dan tahu membaca.
- Ibubapa perlu memainkan peranan penting dirumah untuk membantu dan membimbing anak-anak seiring dengan pembelajaran mereka di sekolah. Ini dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada anak-anak terhadap pembelajaran mereka.
- Anak-anak perlu diberikan pendedahan asas tentang penggunaan tandas, cara untuk mengikat tali kasut dan menjaga barangan peribadi ketika di sekolah.
Ibubapa harus memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap persediaan pelajar melangkah masuk ke alam persekolahan. Mempersiapkan mereka lebih awal akan membantu untuk mengurangkan rasa gelisah dan meningkatkan tahap keseronokan mereka di sekolah nanti.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.