KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0
Pengeluaran ini hanya bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.
Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir, berkata angka itu diperoleh berdasarkan kajian senarai pencarum yang dijalankan pihaknya.
Katanya, sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman kepada tujuh juta pencarum.
Namun tiada mana-mana agensi yang membuat kajian, yang dapat membuktikan semua itu adalah pencarum yang betul-betul susah.
Baca Juga :
- Permohonan Bantuan Belia RM200 Tahun 2023
- Kembalikan Hak Anda, Ini Cara Nak Claim Wang Tidak Dituntut (WTD) RM9 Bilion Daripada Kerajaan
Isi Kandungan
Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar
“Tuntutan kami kali ini bersasar sebab kita tak mahu lihat perbelanjaan tidak terkawal.
Di samping mengelakkan pencarum tak terkesan, ambil kesempatan mengeluarkan simpanan KWSP untuk ‘berjoli’.
“Daripada kajian senarai pencarum, kami mencadangkan kelulusan diberi kepada tiga juta pencarum.
“Setakat ini, PGIR juga menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum terkesan.
Jumlah ini hanya diperoleh daripada borang aduan dibuat PGIR
Dan ianya belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar yang betul-betul terkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Global Human Rights Federation (GHRF), bagi memperjuangkan tuntutan KWSP bersasar 2.0.
Kerajaan Akan Meluluskan Permohonan Pengeluaran KWSP
Mengulas lanjut, Azmi yakin kerajaan akan meluluskan permohonan itu bagi memastikan kelangsungan hidup golongan terkesan.
Ditambah tuntutan PGIR disokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan wakil rakyat di Dewan Rakyat.
Selain itu, beliau berkata, menerusi kerjasama dengan GHRF, PGIR akan membawa empat usul tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut kategori dan keperluan.
Antaranya, beliau berkata, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenar mengeluarkan semua simpanan bagi menyara kelangsungan hidup.
Selain itu, katanya, bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja.
Seterusnya, berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana faktor usia dan kesihatan, juga perlu dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.
Pencarum yang masih aktif mencarum, berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 juga perlu dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada jumlah itu.
Usul keempat, katanya, pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM200 dalam Akaun 1 dan 2.
Bantulah Rakyat Dengan Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0
“Kami merayu dan berharap Perdana Menteri serta kerajaan baharu ini, membenarkan pengeluaran KWSP.
“Bantulah rakyat dan kasihani mereka. Kami menerima banyak aduan yang berdepan kesempitan hidup.
Sehingga mengundang keruntuhan institusi keluarga, ada juga yang rumah terpaksa dilelong, dikejar bank dan Ah Long.
“Sehingga hari ini sebenarnya, masih ramai lagi rakyat yang dibuang kerja dan ada juga sampai hari ini tak dapat pekerjaan tetap. Ada yang terpaksa kerja cuci pinggan, walhal sebelum ini mempunyai pekerjaan yang bagus,” katanya.
Sumber : ikerajaan.com
Telegram Khas : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.