Petronas : Jual Minyak Masak Terpakai Anda RM3/kg

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jual Minyak Masak Terpakai Anda – RM3/kg Di Petronas

Jual Minyak Masak Terpakai Anda - RM3/kg Di Petronas
Jual Minyak Masak Terpakai Anda – RM3/kg Di Petronas

Tak tahu nak buat apa dengan minyak masak terpakai? Jangan buang! Anda boleh kumpul minyak masak tersebut dan jual kepada pihak PETRONAS dengan harga sehingga RM3 per kilogram.

Pihak Petronas telah pun bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia untuk mempromosikan amalan mengitar semula minyak masak yang terpakai.

Stesen minyak PETRONAS(rujuk di bawah stesen PETRONAS yang terlibat) kini menerima minyak masak terpakai anda dan akan memberikan ganjaran kepada anda. Dengan inisiatif ini, bukan sahaja anda dapat mengurangkan barang di dapur, tetapi juga dapat mengelak saluran paip singki daripada tersumbat.

Dalam masa yang sama anda secara tidak langsung membantu melindungi saluran air kita daripada tercemar, menggalakkan ekonomi kitar semula, dan menyokong pengeluaran bahan api bio Malaysia yang akan datang.

Jual Minyak Masak Terpakai Anda - RM3/kg Di Petronas
Jual Minyak Masak Terpakai Anda – RM3/kg Di Petronas

PETRONAS Nak Buat Apa Dengan Minyak Masak Terpakai?

Pihak PETRONAS sedang dalam usaha untuk menghasilkan bahan api penerbangan hijau atau Sustainable Aviation Fuel(SAF) yang sebahagiannya diperolehi daripada minyak masak terpakai dari orang ramai.

Dalam kata lain, minyak masak yang terpakai anda itu tadi akan diolah menjadi bahan api untuk kapal terbang!

Ini sekaligus dapat membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor penerbangan. image 2024 05 17 140302479

BACA JUGA ======== Jawatan Kosong APMM : Kelayakan Minima SPM Ambilan Mei 2024

Senarai Stesen Minyak PETRONAS Yang Terlibat

Kelantan :

  1. Stesen Minyak Jalan Bayam, Kota Bharu
  2. Stesen Minyak Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa

 

  Johor :

  1. Stesen Minyak Taman Nusa Printis, Johor Bahru
  2. Stesen Minyak Taman Impian Emas, Johor Bahru
  3. Stesen Minyak Jalan Bakri 2, Muar, Johor
  4. Stesen Minyak Taman Banang Jaya, Batu Pahat
  5. Stesen Minyak Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu
  6. Stesen Minyak Taman Tampoi Utama, Johor Bharu

 

  Terengganu :

  1. Stesen Minyak Wakaf Bharu, Kuala Terengganu
  2. Stesen Minyak Rantau, Kemaman Station

 

  Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya :

  1. Stesen Minyak Kota Kemuning 1
  2. Stesen Minyak Subang Bestari
  3. Stesen Minyak Bukit Nanding, Hulu Langat
  4. Stesen Minyak Puchong Prima Station
  5. Stesen Minyak Putrajaya 1, Presint 9
  6. Stesen Minyak Bandar Baru Rawang
  7. Stesen Minyak Cochrane Perkasa
  8. Stesen Minyak Persiaran Utama
  9. Stesen Minyak Bukit Antarabangsa
  10. Stesen Minyak Seksyen 7 Bangi
  11. Stesen Minyak Kota Kemuning
  12. Stesen Minyak Subang Bestari
  13. Stesen Minyak Bandar Seri Putra
  14. Stesen Minyak Putrajaya 1, Presint 9
  15. Stesen Minyak Dengkil
  16. Stesen Minyak Bukit Rahman Putra
  17. Stesen Minyak Jalan Sungai Tua
  18. Stesen Minyak Seksyen 18
  19. Stesen Minyak Sri Hartamas
  20. Stesen Minyak Putra Heights

 

  Pulau Pinang :

  1. Stesen Minyak Jln Dato’ Ismail Hashim, Bayan Lepas
  2. Stesen Minyak Paya Terubong
  3. Stesen Minyak Bertam Perdana
  4. Stesen Minyak Bandar Baru Perda

 

  Pahang : 

  1. Stesen Minyak Balok, Kuantan
  2. Stesen Minyak KM26 Jalan Gambang

 

  Perak :

  1. Stesen Minyak Bandar Meru Raya, Ipoh
  2. Stesen Minyak Taman Pengkalan Utama

image 2024 05 17 141531163

Melaka :

  1. Stesen Minyak Bandar Jasin Bestari, Jasin
  2. Stesen Minyak Bukit Katil

 

  Sarawak :

  1. Stesen Minyak Astana, Kuching
  2. Stesen Minyak Desa Senadin, Miri
  3. Stesen Minyak Sg Merah, Sibu
  4. Stesen Minyak Astana, Kuching
  5. Stesen Minyak Jalan Bulan Sabit, Miri
  6. Stesen Minyak Samarahan Expressway, Kota Samarahan

 

  Sabah : 

  1. Stesen Minyak Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu
  2. Stesen Minyak Jalan Bokara, Sandakan
  3. Stesen Minyak Jalan Berungis-Kota Belud
  4. Stesen Minyak Jalan Utara, Tawau

 

  Kedah :

  1. Stesen MinyakDatuk Kumbar
  2. Stesen Minyak Taman Ria, Sungai Petani

 

  Perlis :

  1. Stesen Minyak Padang Besar
  2. Stesen Minyak Jejawi, Kangar

 

  Negeri Sembilan :

  1. Stesen Minyak S2 Garden Avenue
  2. Stesen Minyak Bandar Baru Nilai
image 2024 05 17 142820265
Lihat di laman rasmi PETRONAS untuk senarai lengkap beserta tarikh

 

Kementerian Perladangan dan Komoditi Sasar Kumpul Lebih 300,000kg Minyak Masak Terpakai

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagi tempoh sama, KPK dan PDB akan turut memperluas usaha pengumpulan UCO ke 50 stesen minyak Petronas di seluruh negara selain penyertaan seramai 15,000 kalangan orang awam.

Harga pembelian semula UCO oleh Petronas adalah RM3 sekilogram manakala RM2.50 sekilogram ditetapkan bagi kawasan di Semenanjung Pantai Barat, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Program ini merupakan usaha bersama PDB dan KPK dalam meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menjaga alam sekitar.

Pada masa sama, program ini berupaya menjana pendapatan tambahan isi rumah serta turut mengembangkan potensi penghasilan biobahan api lestari menggunakan UCO bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG).

image 2024 05 17 143222859

Sumber : Astro BERNAMA

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment