Program Bantu Miskin Tegar Melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Ikuti 5 Langkah Permohonan Ini.

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah program kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin tegar dan B40 di Malaysia. Program ini telah memberi impak positif kepada 4,100 isi rumah yang terlibat dalam aktiviti ekonomi yang disediakan oleh IPR. Program ini menawarkan bantuan bukan wang seperti latihan, peralatan, bahan mentah dan pasaran bagi membantu peserta menjana pendapatan tambahan secara berterusan.



Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mendapat peruntukan sebanyak RM750 juta dalam Belanjawan 2023 dan berhasrat untuk menjangkau 130,000 orang rakyat yang memerlukan bantuan kewangan tanpa mengira kaum. Program ini melaksanakan tiga model usahawan, iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). Melalui model-model ini, peserta dapat mempelajari dan mengembangkan kemahiran dalam bidang pertanian, makanan dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Program ini juga sejajar dengan agenda pembangunan lestari yang mengutamakan keadilan sosial dan ekonomi bagi semua lapisan masyarakat.

BACA JUGA : LPPSA UNTUK RUMAH PERTAMA

MODEL DIPERKENAL IPR

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) melaksanakan tiga model usahawan, iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).




1. Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

Inisiatif Usahawan Tani adalah peluang untuk para petani atau pekebun kecil yang memerlukan sokongan dan bantuan kerajaan dalam sektor pertanian. Melalui IPR, anda akan dipadankan dengan pemegang taruh yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil anda. Anda juga akan mendapat akses kepada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor pertanian.

2. Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

Untuk membantu golongan B40 yang ingin menjalankan perniagaan makanan secara sederhana, IPR menawarkan bantuan kewangan untuk penyewaan mesin. Ini adalah peluang yang baik untuk menambah pendapatan dan menyediakan makanan kepada masyarakat. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengembangkan perniagaan anda.

3. Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Cara lain untuk golongan B40 meningkatkan pendapatan adalah dengan menyertai kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan tempatan yang ditawarkan oleh sektor swasta, individu perseorangan atau agensi kerajaan. Kerja-kerja ini termasuklah pembersihan rumah atau pejabat, pemotongan rumput dan aktiviti yang berkaitan. Golongan B40 boleh berhubung secara terus dengan pihak yang memerlukan khidmat mereka dan mendapatkan bayaran yang berpatutan.


CARA PERMOHONAN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR)

Permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dilakukan melalui pendaftaran atas talian, ikuti langkah-langkah berikut dengan teliti :

1. Anda perlu melayari portal IPR pada laman berikut dan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Klik laman berikut https://ipr.epu.gov.my/

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

2. Anda perlu mengesahkan emel yang anda telah sertakan.

Inisiatif pendapatan rakyat

3. Anda akan memulakan proses permohonan setelah pengesahan emel, anda perlu mengisi maklumat lengkap yang diperlukan.

Inisiatif Pendapatan Rakyat

4. Setelah itu anda perlu memilih model IPR yang bersesuaian dengan kehendak anda.

inisiatif pendapatan rakyat (IPR)

 

5. Hantarkan permohonan dengan klik pada butang penghantaran permohonan. Selesai, anda akan mendapatkan emel pemberitahuan berkenaan dengan permohonan dan akan dikemaskini sekiranya anda layak dalam program kali ini.

inisiatif pendapatan rakyat

 

Semoga dengan adanya Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) daripada kerajaan ini dapat meningkatkan taraf hidup golongan miskin tegar dan B40 di Malaysia. Program ini telah memberi impak positif kepada 4,100 isi rumah yang terlibat dalam aktiviti ekonomi yang disediakan oleh IPR. Program ini menawarkan bantuan bukan wang seperti latihan, peralatan, bahan mentah dan pasaran bagi membantu peserta menjana pendapatan tambahan secara berterusan.



Adakah artikel ini memberikan manfaat kepada anda?Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak informasi bermanfaat dikongsikan kepada anda, sila tinggalkan emel anda disini. Kami akan sentiasa mengemaskini kepada anda dengan informasi yang terkini.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Sumber :

  1. https://ipr.epu.gov.my/
  2. https://manfaat.mof.gov.my/individu/ipr
  3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/4100-isi-rumah-berpendapatan-rendah-terima-manfaat-ipr-rafizi-446254

 

Leave a Comment