IKEA Malaysia Mula Ditutup Seluruh Negara Mulai 30 Mei

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Syarikat penjual perabot terkemuka Sweden, IKEA akan menutup operasi di semua cawangan seluruh Malaysia dan jualan atas talian selama satu hari iaitu pada 30 Mei 2023, Selasa hari ini.



Dalam kenyataan rasminya, penutupan sementara waktu itu bagi meningkatkan sistem untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

IKEA Malaysia Tutup




Artikel popular :

Semua cawangan IKEA di seluruh Malaysia dan jualan atas talian akan kembali beroperasi semula sehari selepas itu, pada 31 Mei 2023, Rabu.

“Semasa proses naik taraf itu, anda boleh terus melayari inspirasi kelengkapan rumah di IKEA.my tetapi tidak akan dapat membuat sebarang pembayaran.

“Sentiasa kekal dikemas kini dengan berita terkini di halaman Facebook kami : IKEA Malaysia atau anda boleh e-mel ke [email protected] untuk bantuan lanjut,” petik kenyataan rasmi IKEA Malaysia.



IKEA Malaysia Tutup

IKEA MALAYSIA TUTUP SELURUH NEGARA

Lokasi-lokasi IKEA yang menerima naik taraf ini adalah Damansara & Cheras (Lembah Klang), Tebrau (Johor) dan Batu Kawan (Pulau Pinang).

Jadi bagi mereka ada plan untuk membeli-belah di IKEA dalam masa terdekat, bolehlah buat perancangan lebih awal supaya aktiviti beli-belah anda tidak terganggu.




Sumber : www.thevocket.com

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment