Biodata Marissa Dania Hakim, Bukan Calang-Calang Orang Rupanya

Kongsi Artikel Ini

Minggu ini Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang tular mengenai kisah Marissa Dania Hakim yang merupakan anak kedua kepada pelakon, pengacara dan juga usahawan, Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi.

Marissa juga dikenali sebagai seorang influencer dan wajahnya yang cantik sering menjadi perhatian ramai jejaka di luar sana.



Namun, namanya jadi sebutan gara-gara dikatakan bercinta dengan suami orang yang juga merupakan bapa kepada dua orang anak yang masih kecil. Lebih teruk lagi, Marissa Dania yang baru berusia 18 tahun ini dilabel penyondol apabila dikatakan sukar untuk melepaskan lelaki yang pernah menjadi ‘cinta pertama’nya dulu.

Ramai nak tahu siapa sebenarnya Marissa Dania? Anak kedua dan perempuan sulung kepada pasangan Norman dan Abby ini beruntung kerana dianugerahkan seraut wajah yang jelita sejak dia masih kanak-kanak lagi. Malah sebelum itu juga ramai yang ‘usha’ Norman mahu menjadikan Marissa sebagai isteri yang sah.

Biodata Marissa Dania Hakim
Sempena hari jadi Marissa Dania ke-18 tahun.




Baca juga :

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Biodata Marissa Dania Hakim

Gadis remaja yang cantik ini dikenali sebagai Marissa Dania merupakan anak kepada pelakon terkenal Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi.


Pasangan ini berkahwin pada 2002 tetapi berpisah pada 2009 dan dikurniakan 3 anak, Mohammed Danisah Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha.

Biodata Marissa Dania

  • Nama Penuh: Marissa Dania Hakim
  • Nama Samaran: Marissa Dania
  • Umur: 18 tahun (2023)
  • Tarikh Lahir: 7 Julai 2005
  • Bilangan Adik Beradik : 3 Orang (Anak Kedua)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia




Biodata Marissa Dania Hakim

Kisah Menarik Marissa Dania

1. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 menjadi bualan ramai kerana ketika itu dia dilahirkan dalam kereta sewaktu dalam perjalanan menuju ke hospital. Namun Norman Hakim sebagai ayah tenang menyambut kelahiran anak keduanya yang lahir pra matang tetapi kini membesar dan dikurniakan seraut wajah jelita persis ibunya Abby Abadi. Abby juga merupakan seorang pelakon dan terkenal dengan drama Gerak Khas.



2. Aktif di media sosial di Instagram pada Ogos 2017 melalui akaun @marissadania yang mengumpul follower hampir setengah juta. Marissa sering berkongsi sisi lain kehidupannya sebagai seorang gadis remaja dan juga influencer pupular.

3. Mempunyai dua orang adik beradik sama ayah dan emak (Norman Hakim dan Abby Abadi), iaitu Mohammed Danish Hakim dan Maria Danisha. Hubungan mereka bertiga sangat rapat dan walaupun ibu bapanya sudah berpisah, namun tidak pernah membataskan hubungan silaturrahim antara mereka.

Biodata Marissa Dania Hakim

4. Marissa Dania juga sering jadi perhatian netizen dek kerana kecantikan wajahnya walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. Ditambah dengan senyuman manis terukir di bibir menampakkan sisi jelita anak kesayangan Norman Hakim dan Abby Abadi ini. Malah ketika usianya 13 tahun ada pihak yang bercadang mahu menjadi Imam kepada Marissa.


5. Selain dikurniakan wajah yang cantik, Marissa Dania juga sering jadi tumpua netizen kerana penampilannya yang sopan dan menutup aurat. Ramai menyifatkan dirinya sebagai gadis pemalu dan memiliki wajah sejuk mata memandang. Dia juga bijak bergaya seiring usianya yang meningkt remaja dan minatnya dalam dunia fesyen serta kecantikan.

5. Baru-baru ini sempena ulang tahun ke 18 Marissa, Norman Hakim mendoakan kebaagiaan anaknya dengan melakukan solat hajat supaya mendapat jodoh yang baik. Menurut Norman, hari-hari tidak pernah putus solat hajat untuk semua anak-anaknya itu. Dia juga turut berdoa supaya Allah tutup pintu hati Marissa ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak menjadi Imam dan bimbing anaknya ke Jannatul Firdaus.

Biodata Marissa Dania Hakim



6. Marissa Dania juga turut mendapat pendidikan tahfiz di Sekolah As Sofa Senawang, Negeri Sembilan. Dia juga menjadi salah seorang antara graduan yang berjaya menamatkan hafazan Qasidah Burdah Al Busiri yang terkandung 160 bait. Marissa dalam majlis konvokesyen Al-Quran, Hadith dan Turath As Sofa ke 6 menjadi pelajar pertama sekolahnya Maahad Tahfiz As Sofa berjaya menghabiskan keseluruhan matan burdas tersebut di hadapan gurunya.

7. Nama Marissa Dania tercalar berikutan satu ciapan di muat naik wanita bernama Misya di platform X mendakwa Marissa menjadi perosak rumah tangga mereka hingga dia dan suaminya bercerai. Lebih teruk wanita itu ada muat naik booking resit tempahan hotel Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim.

Biodata Marissa Dania Hakim
Penampilan santun




Leave a Comment