Bayaran Fasa 2 Berjumlah RM300 Mula Dikreditkan Februari Ini

Kongsi Artikel Ini

Bayaran fasa 2 bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) mula dikredtikan ke akaun penerima pada bulan Februari 2023.

Untuk makluman anda, selain daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), inisiatif bantuan BMT juga akan diberikan pada suku pertama tahun ini.



Berikut adalah perincian bantuan.

Baca Juga :

Isi Kandungan

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh.

Bayaran Fasa 2 Bantuan Musim Tengkujuh




Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.

Jadual Bayaran Bantuan RM800



Berikut adalah jadual bayaran bantuan khas ini seperti dibawah :

  • Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
  • Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
  • Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200

Nota : Pembayaran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT :




Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  • Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Semakan Kelulusan Bantuan Musim Tengkujuh



Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA

Maklumat Lanjut




Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022

Leave a Comment