PM umum bayaran BKM fasa 3 mulai 20 September ini

Kongsi Artikel Ini

Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus rayuan BKM.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama ketika negara berdepan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.




“Bagi BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan pada Jun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isi Kandungan

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3




Menurut Perdana Menteri, sehingga September ini, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran Fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Cara Semak Status



Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

      1. Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
      2. Klik Semakan Status
      3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
      4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran




“Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023,” katanya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my

Leave a Comment