Bayaran Bantuan RM650 Dikreditkan Terus Ke Akaun Penerima

Kongsi Artikel Ini

Bayaran Bantuan RM650 Dikreditkan Terus Ke Akaun Penerima

Belanjawan 2024 menyaksikan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bagi rakyat golongan B40 dan M40, bantuan ini sangat membantu mereka mendepani keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini.




Tujuan utama bantuan ini diagihkan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dalam mendepani cabaran hidup ketika ini. Melalui pensasaran semula subsidi, pihak kerajaan mampu meningkatkan lagi pemberian bantuan tunai kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bayaran Bantuan RM650

Isi Kandungan

Baca Juga:

Bayaran Bantuan RM650 Khas Melalui Program STR

Syarat kelayakan STR 2024 seperti yang telah ditetapkan adalah:

1. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Merupakan seorang Ibu dan Bapa Tunggal / Janda / Balu yang mempunyai anak yang layak; dan
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Penerima mestilah seorang Bujang atau Ibu dan Bapa Tunggal / Balu atau Duda / Janda yang tidak mempunyai anak yang layak; dan
  • Had umur 60 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.




3. Bujang

  • Penerima mestilah seorang Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak yang layak; dan
  • Had umur 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Bayaran Bantuan RM650 Fasa 3 akan diterima pada (Ogos & September 2024)

Bayaran STR kali ini akan dikreditkan menggunakan dua cara iaitu kredit secara terus ke dalam akaun penerima atau penerima boleh melakukan tuntutan secara tunai di BSN berhampiran.

Jadual Pembayaran:

  • Fasa 1: Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos & September 2024 (Sekarang)
  • Fasa 4: November 2024

Para penerima akan menerima bantuan ini bermula 29 Ogos hingga 6 September 2024. Bagi penerima baharu rayuan, pembayaran akan dibuat mulai 18 hingga 20 September 2024.




Kadar Bayaran Bantuan RM650 STR Fasa 3

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1-2: RM350
  • Bilangan anak 3-4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM650

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000:

  • Bilangan anak 0: RM150
  • Bilangan anak 1-2: RM200
  • Bilangan anak 3-4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM50

Penerima mestilah Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah:

  • STR Fasa 3: RM150

Semakan dan Permohonan Bayaran Bantuan RM650 STR 2024

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan STR boleh dilakukan secara dalam talian di Portal Rasmi STR dengan langkah-langkah berikut:

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Bagi yang belum membuat permohonan, mereka masih boleh mengemukakan permohonan di portal yang sama.

Leave a Comment