Bantuan Skim Rebat Motorsikal RM2,400

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Bantuan Skim Rebat Motorsikal RM2,400

Bantuan Skim Rebat Motorsikal RM2,400
Bantuan Skim Rebat Motorsikal RM2,400

Bermula pada awal Disember tahun lalu, kerajaan Malaysia telah pun memulakan langkah dalam menjadikan Malaysia negara yang berteknologi tinggi dengan pengenalan satu skim baharu yang mana penggalakan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik.

Skim galakan untuk rakyat Malaysia menggunakan motorsikal berkuasa elektrik telah diperkenalkan dengan memberi rebat tunai sehingga RM2,400 kepada mereka yang layak.

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

image 2024 07 09 162948233

Kaedah Bantuan Galakkan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Skim rebat ini ditawarkan melalui dua (2) kaedah pemberian iaitu :

  1. Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
  2. Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

 

Syarat Layak Terima Bantuan Motorsikal Elektrik

Untuk menjadi layak menerima bantuan ini anda hendaklah memenuhi kriteria berikut :

  1. Mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah
  2. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas
  3. Memiliki lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)

BACA JUGA ======== 5 Tanda Sakit Jantung di Kalangan Golongan Muda

Cara Mohon Bantuan Galakkan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian di laman web https://insentif.marii.my/user/register dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.

image 2024 07 09 161156279

Langkah 2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.

Langkah 3: Pengguna akan menerima e-mel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab e-mel spam sekiranya e-mel verifikasi tidak dihantar ke tab utama e-mel.

Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.

Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 6: Bayaran perkhidmatan** dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.

Langkah 7: Pengguna akan menerima e-mel pengesahan permohonan.

Langkah 8: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

**Nota: Bayaran tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran. image 2024 07 09 161905332  

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  1. Salinan kad pengenalan;
  2. Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan:
    • Bagi yang bekerja
      • Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi yang bekerja sendiri
      • Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi pesara
      • Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
      • Pesara swasta – borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Bagi pelajar
      • Kad Pelajar; dan
      • Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)

Pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR setelah permohonan disemak dan diluluskan untuk menikmati insentif yang ditawarkan bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan.

Kod QR tersebut sah untuk diguna pakai dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected]

Senarai Motorsikal Elektrik Yang Terlibat

Berikut merupakan nama-nama syarikat yang menawarkan motorsikal elektrik untuk bantuan skim rebat RM2,400 ini :

  1. SUPERLUX AUTO SDN. BHD
    image 2024 07 09 162443828
  2. ECLIMO SDN BHD
    image 2024 07 09 162522881
  3. SUNLIGHT POWER SDN BHD
    image 2024 07 09 162547599
  4. LEGATUS SDN BHD
    image 2024 07 09 162605606
  5. EP BLUESHARK SDN BHD
    image 2024 07 09 162628664
  6. OYIKA GREEN TECHNOLOGIES SDN. BHD
    image 2024 07 09 162648847
  7. M ELECTRIC VEHICLE SDN BHD
    image 2024 07 09 162710690
  8. TREE MOVEMENT MALAYSIA SDN BHD
    image 2024 07 09 162733238
  9. NI HSIN EV TECH SDN BHD
    image 2024 07 09 162803115

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment