Bantuan RM5000 Untuk Rakyat Malaysia Ingin Mulakan Perniagaan

Kongsi Artikel Ini

Bantuan RM5,000 Untuk Rakyat Malaysia Ingin Mulakan Perniagaan. Kepada para usahawan di yang memerlukan pembiayaan pinjaman perniagaan, anda kini boleh memohon inisiatif yang telah diumumkan iaitu Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Ikuti Telegram Rasmi: http://t.me/pakejbantuankerajaan

Melalui Skim NaDI, usahawan yang layak akan berpeluang untuk menerima pembiayaan pinjaman perniagaan sehingga RM5,000.




Dengan pembiayaan pinjaman perniagaan ini, ia sedikit sebanyak mampu memberikan peluang kepada para usahawan untuk memajukan perniagaan mereka.

Isi Kandungan

Syarat Pinjaman


Usahawan yang berminat untuk memohon Skim NaDI perlu memenuhi syarat-syarat pinjaman iaitu:

  • Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun).
  • Caj perkhidmatan adalah sebanyak 8%.
  • Pembiayaan pinjaman adalah daripada RM1,000 hingga RM5,000.

Cara Permohonan




Untuk membuat permohonan Skim NaDI, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://mikrokredit.selangor.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Create an Account.’
  3. Isi maklumat yang diberikan dan klik butang ‘Submit.’
  4. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Selesaikan permohonan sehingga tamat.

bantuan rm5000 untuk rakyat malaysia ingin mulakan perniagaan

Syarat Kelayakan



Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  • Pemohn mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah rakyat Negeri Selangor.
  • Pemohon telah bermastautin atau menetap (tidak kurang 5 tahun) dan mengundi di Negeri Selangor.
  • Pemohon berumum 18 hingga 65 tahun.
  • Pemohon terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah.
  • Pelaksanaan skim adalah dalam bentuk kumpulan (3 orang berkumpulan).
  • Pemohon bersetuju menubuhkan kumpulan.

Dokumen Yang Diperlukan


Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. 2 keping gambar berukuran passport.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan kepala penyata akaun bank atau muka depan no akaun (yang menunjukkan no akaun).
  4. Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim NaDI, sila hubungi pihak Hijrah Selangor di talian 03-5519 1692 atau layari laman web http://www.hijrahselangor.com/.

Semakan Online

Leave a Comment