Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Sebanyak RM300 Dikreditkan Pada Bulan Ini ~ Mohon Sekarang!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Musim Tengkujuh. Buat makluman anda, dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif juga telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Salah satu ialah Bantuan Musim Tengjuh (BMT).

Bantuan ini telah diperkenalkan di bawah Bajet 2022 melalui RISDA. Berikut merupakan penjelasan lanjut mengenai BMT.


Pekebun kecil layak untuk menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dikawal selia oleh RISDA? Peruntukan sebanyak RM190 juta telah diberikan kepada penerima BMT dengan melalui Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.

Bantuan Musim Tengkujuh

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH



    • Warganegara Malaysia.
    • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
    • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
    • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
    • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh).
    • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (Bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).




Baca Juga:

BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH



Untuk makluman anda BMT akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada November dan Disember 2022. Setiap fasa melibatkan bayaran keseluruhan RM300 dengan jumlah RM600.

Mengenai kaedah pembayaran, ianya akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Walau Bagaimanapun, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan pembayaran bantuan ini.




Maklumat lengkap berkenaan dengan BMT boleh dirujuk https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/, manakala untuk semakan kelulusan pula boleh dibuat secara atas talian DI SINI.

Leave a Comment