[TERKINI] : Bantuan Khas RM2000 Mula Dibayar Bulan Depan

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Bantuan Khas RM2000 – Dalam usaha untuk membantu golongan pekerja, pelbagai bantuan khas telah diberikan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam.



Antara bantuan yang dimaksudkan adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 dan akan mula dibayar bulan depan.

Bantuan Khas RM2000

Artikel trending :

Bantuan Khas RM2000 Untuk Penjawat Awam

Kerajaan Sabah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas RM2000 kepada semua penjawat awam di negeri Sabah.




Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Bantuan Khas RM2000 itu meliputi penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

“Kerajaan amat menghargai atas komitmen dan usaha para penjawat awam dalam menggalas tugas yang telah diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri ingin membawa khabar gembira kepada semua Penjawat Awam Negeri Sabah khususnya kepada Kumpulan Perkhidmatan Sokongan yang menjadi penggerak utama jentera pentadbiran Kerajaan.


“Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri Sabah,” katanya.

Bantuan Khas RM2000

Usaha ini bagi menghargai jasa penjawat awam atas komitmen dan usaha mereka dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2024 di Dewan Undangan Negeir (DUN) Sabah di sini hari ini.




Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM2000

Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, bayaran khas kewangan ini akan dibayar secara dua kali iaitu RM1,000 dibayar pada bulan Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024.



“Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat kepada para penjawat awam negeri untuk terus bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih lagi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya.

Bantuan Khas RM2000

Kerajaan Sabah membentangkan belanjawan lebihan berjumlah RM5.701 bilion untuk tahun 2024 berbanding RM5.138 bilion peruntukan yang diperuntukan untuk tahun ini.


Sumber : Sabah Media

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan : https://chat.whatsapp.com/CWJkDMpJCIBIMrnmqEOzLK

Leave a Comment