Memohon Bantuan Kewangan Zakat : Langkah Mudah dan Prosedur Ringkas.

Kongsi Artikel Ini

Pemakluman : Artikel ini hanya akan memberikan panduan cara memohon bantuan kewangan zakat dan tidak mengumpulkan sebarang data pengguna. Panduan ini merujuk kepada portal kerajaan yang sahih. 

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Bantuan kewangan zakat merupakan salah satu bentuk sokongan yang diberikan kepada individu yang memerlukan dalam komuniti. Zakat adalah kewajipan keagamaan yang melibatkan sumbangan kecil yang diberikan oleh umat Islam untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Ia juga menjadi sumber bantuan yang sangat membantu bagi individu-individu yang memerlukan sokongan kewangan secara konsisten.



Sebelum memohon bantuan kewangan bulanan melalui zakat, penting untuk memahami konsep zakat itu sendiri. Zakat merujuk kepada satu peratus dari harta yang layak dizakatkan yang diberikan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Bantuan melalui zakat adalah salah satu bentuk sumbangan yang membantu mereka yang memerlukan.

Melalui Majlis Agama Islam Persekutuan (MWAIP), bayaran zakat dikumpulkan dan diagihkan kepada asnaf menerusi pelbagai jenis bantuan kewangan yang disediakan. Terdapat lebih daripada 20 jenis bantuan yang diberikan melalui MWAIP.

bantuan kewangan zakat

Lebih Daripada 20 Jenis Bantuan Zakat

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Aidilfitri
  • Bantuan Khairat Asnaf
  • Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  • Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Musibah




  • Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Membina / Membaiki Rumah
  • Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah
  • Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan
  • Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
  • Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  • Bantuan Deposit Kenderaan Perniagaan
  • Bantuan Am Persekolahan & Persediaan Sekolah Berasrama
  • Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
  • Bantuan Tuisyen
  • Bantuan Am Pelajaran IPT /  Bantuan Persediaan IPT
  • Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
  • Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PIUC)
  • Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  • Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang
  • Bantuan Aktiviti Dakwah & Kebajikan
  • Bantuan Institusi Tahfiz dan Rumah Perlindungan

BACA JUGA : BANTUAN KEWANGAN RM700

4 Syarat Mudah Mohon Bantuan Kewangan Zakat


Anda perlu memenuhi 4 syarat mudah ini untuk membuat permohonan bantuan kewangan zakat :

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

*Had Al-Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa.

Rujuk Sini Cara Permohonan Bantuan Kewangan Zakat



Untuk membuat permohonan zakat, anda perlu meneliti dan mengikuti langkah-langkah berikut :

1. Mendapatkan borang permohonan melalui laman web MWAIP.

bantuan kewangan zakat
Contoh borang yang disediakan

2. Isi maklumat yang diperlukan didalam borang permohonan bantuan kewangan zakat. Pastikan borang diisi dengan maklumat yang betul dan lengkap.
3. Hantar surat permohonan ke cawangan MWAIP yang terdekat. Terdapat lebih daripada 10 cawangan MWAIP di Malaysia iaitu Putrajaya, Parlimen Batu, Bukit Bintang, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Titiwangsa, Seputeh, Setiawangsa, Lembah Pantai, Segambut dan Labuan.




Memohon bantuan kewangan zakat bukan hanya tentang menerima bantuan, tetapi juga tentang memberi peluang kepada mereka yang ingin memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu, bagi sesiapa yang layak untuk membayar zakat, laksanakan tanggungjawab berkongsi rezeki untuk individu lain yang memerlukan. Kepada yang telah menerima bantuan, diharapkan bantuan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Sumber : Laman Web MWAIP

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment