Bantuan Guaman Untuk Rakyat Malaysia 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Kenali Jabatan Bantuan Guaman

JBG merupakan sebuah agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan guaman kepada individu yang memenuhi syarat di bawah Akta Bantuan Guaman 1971. Dengan adanya perkhidmatan ini, orang awam dapat untuk mengakses perkhidmatan guaman dengan kos yang lebih murah daripada Kerajaan sebagai pilihan lain selain daripada peguam swasta.




Bidang kuasa bagi jabatan ini adalah meliputi perkara-perkara berikut :

1) Nasihat guaman atas segala perkara
2) Bantuan guaman dalam perihal prosiding (Litigasi) perkara-perkara berikut :
i)   Perkara Jenayah
ii)  Perkara Sivil (sivil pelbagai)
iii) Perkara kekeluargaan sivil
iv) Perkara kekeluargaan syariah
3) Pengantaraan bagi kes syariah dan sivil
4) Khidmat Pendamping Guaman





BACA DISINI : Pengambilan Terbaharu Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi 2023

Kepentingan Mendapatkan Perkhidmatan Guaman
bantuan guaman

Mari lihat kepada kepentingan untuk mendapatkan perkhidmatan guaman. Perkhidmatan ini diwujudkan berikutan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (1), semua individu memiliki hak sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama.



Bagi mendapatkan hak kesaksamaan di mahkamah, setiap pihak perlu diwakili peguam. Bagi yang kurang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat peguam dari JBG. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Bantuan Guaman untuk maklumat lanjut.



Panduan Mendapatkan Bantuan Guaman

  • Pemohon dikehendaki untuk mengunjungi mana-mana cawangan JBG
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun
  • Ujian kemampuan akan dijalankan untuk menentukan kelayakan mendapatkan bantuan
  • Temuduga dijalankan untuk mengenal pasti isu, remedi dan keperluan pemohon
  • Permohonan diproses (tidak lebih 3 hari)




  • Jika permohonan diluluskan, terma bantuan akan ditawarkan
  • Pemohon dikehendaki membayar fi pendaftaran RM10.00 dan sumbangan (jika terpakai) jika dia setuju menerima terma tersebut
  • Bantuan perkhidmatan guaman diberikan
  • Fail tindakan dibuka dan didaftarkan
  • Fail tindakan difailkan ke mahkamah

Bantuan Perkhidmatan Lain


Selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBG, terdapat juga perkhidmatan guaman lain yang diinisiatifkan oleh kerajaan negeri seperti Dana Bantuan Guaman Selangor. Perkhidmatan guaman bagi kes kekeluargaan dan pekerjaan yang dilaksanakan oleh Selangor Legal Aid dengan pemberian subsidi oleh Kerajaan Negeri sehingga RM1,500 (individu) atau RM2,000 (berkumpulan).

Untuk melihat butiran lanjut mengenai dana ini, klik disini

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARKANLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment