Permohonan Bantuan e-Pemula RM100 One-Off ~ Mohon Sekarang!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan e-Pemula RM100. Buat makluman anda, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat yang lalu.

Dalam pembentangan beliau, terdapat banyak alat bantu yang baru telah diperkenalkan dan juga alat bantu sedia ada yang telah pun ditambahbaik.

Seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Awal Persekolahan dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan kerajaan telah mengeluarkan dana yang banyak dari dahulu untuk membantu rakyat pada tahun 2023.


Termasuk bantuan e-Tunai e-Pemula yang dilaksanakan di bawah Bajet 2023,  kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan itu sebelum ini.

Dengan melalui inisiatif e-Pemula M40 yang akan dilaksanakan dengan tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 yang berpendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Dengan itu, seramai lapan juta individu layak untuk menuntut kredit ini dengan peruntukan sebanyak RM800 juta.

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN e-PEMULA RM100



Berikut merupakan syarat kelayakan bantuan e-Pemula:

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18-20 tahun
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Baca Juga:

CARA MENEBUS BANTUAN e-PEMULA RM100




Untuk makluman anda, penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti:

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet.

Bagi penebus hanya boleh menebus pada satu aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.



Kerajaan juga akan meneruskan Pakej Belia Keluarga Malaysia, di mana ianya boleh membantu belia untuk mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet hanya RM30 untuk tempoh selama tiga bulan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.

Leave a Comment