Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Tahun 2022

telegram%2Bimage

Pihak kerajaan telah melancarkan Bantuan Barangan Dapur RM300 yang juga dikenali sebagai Bakul Prihatin Negara Tahun 2022 untuk semua isi rumah. Syarat bagi Bakul Prihatin Negara ini ditujukan khusus kepada Keluarga Malaysia yang terjejas akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa kini.

Jangkaan lebih 400,000 penerima akan mendapat manfaat daripada program ini.



Kadar Bantuan Barangan Dapur

Setiap bakul makanan adalah berjumlah sehingga RM300 dan ianya mengandungi barangan dapur seperti berikut;

  1. Beras
  2. Gula
  3. Tepung Gandum
  4. Bihun
  5. Kicap
  6. Sardin
  7. Biskut
  8. Kopi
  9. Garam

Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM300




Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan Bantuan Barangan Dapur (Bakul Prihatin Negara) boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara.

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Bantuan Barangan Dapur RM300. Permohonan ini boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu:

  1. Hubungi Talian Kasih di 15999
  2. Whatsapp di wa.me/60192615999
  3. Hubungi pemimpin tempatan

Anda juga boleh membuat permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Senarai Talian JKM Setiap Daerah & Negeri


Berikut disertakan nombor yang boleh anda hubungi untuk membuat permohonan bantuan barangan dapur ini.

Anda boleh ikuti telegram rasmi di t.me/pakejbantuankerajaan untuk mendapatkan lebih info mengenai bantuan-bantuan terkini yang diperkenalkan.

SK%20 %20JKM001

SK%20 %20JKM002

SK%20 %20JKM003

SK%20 %20JKM004

SK%20 %20JKM005

SK%20 %20JKM006

SK%20 %20JKM007

SK%20 %20JKM008

SK%20 %20JKM009

SK%20 %20JKM10

SK%20 %20JKM011

SK%20 %20JKM012

SK%20 %20JKM013

SK%20 %20JKM014

SK%20 %20JKM015

SK%20 %20JKM016



Maklumat Lanjut Bantuan Barangan Dapur RM300

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Layari www.triviamy.com untuk pelbagai Info Bantuan Kerajaan dan Kerjaya.

Leave a Comment