Bantuan Awal Ramadan RM500 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Kongsi Artikel Ini

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Bantuan Awal Ramadan akan disalurkan mulai 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H secara berperingkat.

Bantuan yang berjumlah RM500 ini akan dibayar secara sekali sahaja (One-Off) kepada semua penerima dan bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf bagi menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak tahun ini.



Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

Isi Kandungan

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADAN

Untuk makluman semua, jumlah Bantuan Awal Ramadan yang akan diterima adalah sebanyak :

  • RM500 sahaja secara one-off

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADAN

Syarat dan kriteria permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:




  • Beragama islam
  • Warganegara Malaysia
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Mohon Juga :

CARA PERMOHONAN

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda atau boleh terus melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan dan muat turun permohonan borang yang disediakan.



Semoga bantuan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam menyambut bulan yang mulia ini.

INFO LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan sebarang pertanyaaan tentang bantuan ini, anda boleh terus merujuk https://www.maiwp.gov.my/

Bantuan Awal Ramadan




Leave a Comment