Bantuan Aidilfitri RM300 Mula Dibayar Hari Ini

Kongsi Artikel Ini

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Untuk makluman anda permohonan bantuan aidilfitri berjumlah RM300 sekali bayar (one-off) kini dibuka untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.  Pemberian bantuan khas aidilfitri ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan untuk mereka yang memerlukan.



Isi Kandungan

PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI

Untuk sedia maklum, bantuan aidilfitri ini adalah merupakan insentif berbentuk bantuan tunai yang diberikan secara one-off. Bantuan ini bagi membantu mereka yang memerlukan untuk persiapan hari raya aidilfitri tahun ini.

Pihak kerajaan negeri telah membuka permohonan bermula 19 Mac 2023. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online), syarat kelayakan dan panduan permohonan disediakan di ruangan bawah.

Baca Juga :




JUMLAH & TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI

Kepada pemohon (isi rumah) yang layak akan menerima bayaran pada kadar jumlah sebanyak RM300 dan akan dikreditkan secara sekali bayar mulai 17 April 2023.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan tahun ini seperti dibawah :



  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (b40)
  • Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
  • Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
  • Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
  • Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini.

Nota : Permohonan bantuan ini dibuka untuk rakyat negeri Terengganu sahaja, kepada mereka yang berkelayakan disarankan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

TARIKH BAYARAN

Kepada pemohon yang layak, pihak kerajaan negeri Terengganu akan memberikan bayaran bantuan RM300 ini pada 17 April 2023 bagi persediaan menyambut hari raya puasa tahun ini.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI




Untuk permohonan bantuan khas sempena menyambut raya aidilfitri ini boleh dibuat secara online, panduan cara mohon telah disediakan. Sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI

Bantuan Aidilfitri 2023

Leave a Comment