Penjawat Awam Diberi Gaji Awal Sempena PRU15. Untuk Pengetahuan anda, penjawat awam dikhabarkan bakal diberikan cuti khas dan bayaran gaji awal sebagai inisiatif untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15 pada 19 November ini.
Menerusi surat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju bagi meluluskan permohonan pengecualian AP 105 untuk membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.
Penjawat awam dan juga pesara kerajaan akan bakal menerima bayaran gaji serta pencen lebih awal untuk November iaitu masing-masing pada 14 dan 17 November depan berbanding pada 25 hari bulan kebiasaannya.
Baca Juga:
- TERKINI : Pengeluaran Khas KWSP Diluluskan Secara Bersasar Selepas PRU15
- Bantuan Kredit Shopee RM400 Bermula November 2022
- Kategori Penerima Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran November 2022
“Kerajaan telah pun memikirkan pelbagai inisiatif untuk memberikan kemudahan kepada para pengundi yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Perdana Menteri, Ismail Sabri.
“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan agar pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.
“Bayaran pencen kepada penjawat awam pula akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” jelas yang tertera di surat tersebut.
Sedikit sebanyak, ramai pengguna media sosial telah dilihat menyambut baik keputusan tersebut.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan untuk membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo Online