6 Khasiat Buah Tin Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

6 Khasiat Buah Tin Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki

6 Khasiat Buah Tin Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki
6 Khasiat Buah Tin Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki

Buah tin merupakan salah satu buah yang ajaib kerana mempunyai pelbagai manfaat dan khasiatnya tersendiri yang tidak ada pada buah-buahan yang lain. Ianya juga salah satu dari 6 buah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan mempunyai nama surahnya sendiri.

Dalam surah At- Tin: وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ

Demi buah tin dan buah zaitun.

Buah ini dapat dinikmati dalam dua bentuk, iaitu basah dan kering. Buah tin yang basah rasanya tidaklah terlalu manis dan sangatlah lembut berjus di bahagian luar dan rangup di bahagian tengahnya kerana dibahagian tengah terdapat biji benih.

Buah yang kering pula rasanya lebih rangup manisnya lebih terasa kerana gula yang lebih mampat ketika kering. Ianya selalu dijadikan pengganti gula kasar kerana lebih sihat. Buah ini dapat dinikmati sepanjang tahun kerana ianya berbuah sepanjang tahun.

Beli di sini : Tanam pokok buah tin sendiri

Apa Itu Buah Tin?

Buah tin atau dalam nama lainnya Ara dan dalam bahasa Inggeris diberi nama fig. Sebuah tumbuhan dalam genus Ficus. Terdapat 800 jenis spesis dan ianya jenis pokok berkayu, renekan, dan penjalar dalam keluarga Moraceae.

Pokok buah ini tumbuh di kawasan tropika dan kawasan yang beriklim sederhana hangat.

Pokok tin yang menghasilkan buah adalah spesis common fig (F. carica). Ianya juga berkeluarga dengan pokok mas cotek. Dan kebanyakan pokok buah tin mempunyai dua jantina iaitu :

  1. Hermafrodit – digelarkan “kaprifig” daripada perkataan Caprinae, satu subfamili kambing, disebabkan buahnya biasa dimakan oleh kambing tetapi tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia.
  2. Betina – bahagian jantan bunga gagal berkembang dan dengan ini. Jenis inilah menghasilkan buah yang sesuai dimakan oleh manusia.

Khasiat Buah Tin Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki

BACA JUGA ======== PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar

Khasiat Kepada Wanita

1. Mengelakkan Anemia Pada Ibu Mengandung Kerana Kaya Dengan Zat Besi

Pada awal kehamilan, zat besi amat penting bagi mengelakkan ibu mengandung dari anemia. Anemia iaitu keadaan di mana kadar haemoglobin dalam sel darah merah menjadi kurang seterusnya mengurangkan kadar oksigen dalam darah.

Badan akan terasa lemah lesu ketika dalam keadaan anemia. Ianya juga akan membuat kepala terasa ringan seperti ingin pitam. Jadi zat besi amat penting untuk menambah jumlah sel darah merah untuk membawa oksigen pada paras yang normal. image 2024 04 19 145001534

2. Dapat Membantu Tumbesaran Kandungan Yang Sihat

Buah ini membantu tumbesaran kandungan agar lebih sihat kerana ianya mengandungi nutrisi penting seperti folate. Folate sangat penting kepada ibu mengandung kerana ianya dapat mengelakkan kecacatan pada saraf janin dalam kandungan.

Beli di sini : Buah Tin Kering RM9.90

3. Meningkatkan Tenaga Dalaman Wanita

Kandungan mineral dan vitamin penting dapat melancarkan pengaliran darah pada tubuh badan wanita. Seterusnya membantu wanita untuk melakukan aktiviti intim bersama suami. Tambahan pula, kandungan potassium yang tinggi dalam buah ini dapat membantu kesihatan jantung yang penting untuk sistem pengaliran darah serta sistem pensenyawaan dan kesuburan dalaman wanita.

 

Khasiat Kepada Lelaki

1. Membantu Kesuburan Lelaki

Buah tin dapat membantu kesuburan sistem pensenyawaan lelaki kerana mineral penting di dalam buah tersebut seperti zinc dan magnesium merupakan mineral utama untuk penghasilan sperma yang subur dan banyak.

2. Dapat Membantu Tidur Yang Nyenyak 

Seorang lelaki yang sibuk dan bekerja keras sangat memerlukan tidur yang cukup dan nyenyak. Sekiranya tidur terganggu, maka tubuh badan akan mudah sakit dan kurang bertenaga serta bakal mendapat pelbagai penyakit lain seperti sakit jantung dan stress berpanjangan.

Mineral seperti magnesium yang padat di dalam buah tin dapat membantu agar tidur lebih mudah serta mendapat tidur yang lebih berkualiti. image 2024 04 19 151319104

3. Meningkatkan Stamina

Asid amino yang terkandung di dalam buah tin dapat meningkatkan stamina tubuh badan lelaki.

Ianya juga dapat meningkatkan naluri kelakian seseorang sekiranya mengamalkan buah tin di dalam pemakanan.

 

 

Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu dan memberi manfaat kepada anda.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment