2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP Kini Diluluskan

telegram%2Bimage

Tahukah anda, sebenarnya ada banyak keadaan yang membolehkan seseorang memohon pengeluaran KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu menunggu pengumuman Kerajaan seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan 2 kategori pengeluaran khas KWSP dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.



Berikut kami kongsikan beberapa jenis pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh yang boleh dimohon oleh ahli, menurut info daripada laman web rasmi KWSP.

Terdapat dua kategori pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan iaitu :

  1. Pengeluaran sebahagian KWSP
  2. Pengeluaran penuh KWSP

Baca Juga :

Kriteria Pengeluaran Sebahagian KWSP


1) Pemohon berumur 50 tahun.

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
  • Memiliki simpanan Wang KWSP

2) Tujuan untuk membina rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur bawah 50 tahun.
  • Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
  • Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

3) Perumahan fleksibel

  • Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
  • Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
  • Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.

4) Kesihatan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
  • Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.

5) Pendidikan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
  • Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).
  • Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi
  • Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

6) Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Di bawah umur 55 tahun.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran.
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
  • Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
  • Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.




7) Perumahan PR1MA

  • Warganegara sahaja.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli adalah pembeli rumah PR1MA.
  • Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.

8) Simpanan melebihi RM 1 juta

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.

9) Beli rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli rumah kediaman.
  • Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.

10) Ansuran bulanan pinjaman perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.
  • Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
  • Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.

11) Haji

  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
  • Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
  • Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.



2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

Kriteria Pengeluaran Penuh KWSP




1. Pekerja Berpencen / Pesara Pilihan

  • Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.

2. Hilang Upaya

  • Pengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

3. Umur 55 Tahun

  • Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

4. Umur 60 Tahun

  • Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun. Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

5. Meninggalkan Negara

  • Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

6. Meninggal Dunia

  • Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akandipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

Syarat-Syarat


Setiap jenis pengeluaran mempunyai syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Ahli.

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

 

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Online

Untuk membuat pengeluaran sebahagian wang KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-Pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-Pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-Pengeluaran:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

2. Klik menu ‘Pengeluaran

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru



4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)

5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran

7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

8. Keputusan pengeluaran sebahagian wang KWSP anda akan mengambil masa 10 hari bekerja.

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan,wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.

Maklumat Lanjut




Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang e-Pengeluaran KWSP, sila rujuk info rasmi di laman web KWSP melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP,  sila hubungi :

Telefon : 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor

Artikel Berkaitan :

Leave a Comment