Bayaran Tunai STR Fasa 3 2025 kini menjadi perhatian rakyat Malaysia kepada yang layak menerima bantuan kerajaan. Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan pada tahun ini bagi menyalurkan bantuan kewangan secara langsung ke akaun bank penerima, khususnya golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup.
Bantuan STR ini membantu rakyat mencapai kestabilan kewangan yang lebih baik dalam menghadapi tekanan ekonomi masa kini. Ramai yang masih ingin tahu bilakah pembayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Artikel ini akan kongsikan kepada anda jadual pembayaran, cara untuk menyemak status, serta beberapa tips penting agar anda tidak terlepas menerima bantuan tunai ini.
Isi Kandungan
Pembayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Secara Berperingkat
Pada sebelum ini, pembayaran STR Fasa 3 akan dilakukan secara berperingkat mengikut kategori penerima. Penerima yang mempunyai akaun bank berdaftar akan menerima bayaran terus ke akaun masing-masing. Bagi yang tiada akaun bank atau bayaran gagal dikreditkan, anda boleh membuat penunaian secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan (RM) |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500 | RM150 – RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang (≥21 tahun, Pendapatan ≤ RM2,500) | RM50 – RM150 |
Semakan Status & Jumlah Bayaran STR
Anda boleh rujuk panduan semakan STR 2025 seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 3
Menurut kenyataan LHDN, tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 ialah akhir Ogos 2025. Namun, sesetengah penerima mungkin menerima lebih awal bergantung pada sistem bank masing-masing. Sentiasa semak akaun dan portal rasmi untuk info terkini.
Senarai Bank
- Maybank
- CIMB Bank
- Bank Islam
- RHB Bank
- Bank Rakyat
- BSN
- Agrobank
- Ambank
- Public Bank
Cara Mohon STR 2025
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Anda boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 melalui dua kaedah iaitu:
- Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan. Anda boleh rujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.
Kaedah Pembayaran STR
Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:
- Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank : Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
Baca Juga : Anda layak terima Bantuan RM200 setiap bulan ke dalam MyKad – Semak Segera!
Soalan Lazim STR 2025
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah, sila rujuk Soalan Lazim berikut:
Maklumat Lanjut STR 2025
Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.