Pada tahun 2025 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan dan barangan asas kepada rakyat, khususnya golongan B40, M40, warga emas, ibu tunggal serta golongan miskin tegar.
Bantuan kerajaan ini adalah sebahagian daripada inti Ekonomi MADANI untuk menangani kos sara hidup dan menjunjung prinsip kesaksamaan sosial.
Pada tahun 2025, Kerajaan Malaysia kekal komited dalam meringankan beban rakyat yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup menerusi pelbagai bentuk bantuan kerajaan, sama ada tunai mahupun bukan tunai.
Inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan eWallet, serta pelbagai program di peringkat negeri dan persekutuan diperkenalkan khusus untuk golongan B40, warga emas, ibu tunggal, pelajar dan OKU. Bantuan-bantuan ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan, malah turut memperkukuh keselamatan sosial rakyat selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.
Artikel ini akan menyenaraikan pelbagai jenis bantuan kerajaan yang ditawarkan bagi tahun 2025, termasuk maklumat tentang jumlah kelayakan, kaedah semakan, serta saluran rasmi untuk rujukan anda.
Isi Kandungan
1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
STR 2025 merupakan bantuan tunai utama yang diberikan kepada isi rumah, bujang dan warga emas berpendapatan rendah. Jumlah bantuan yang diterima bergantung kepada kategori dan jumlah anak tanggungan.
Kategori | Jumlah Bantuan Maksimum |
---|---|
Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500) | RM2,500 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun melalui portal rasmi STR. Pembayaran pula dilaksanakan secara berperingkat sama ada melalui akaun bank atau secara tunai di cawangan BSN.
2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
SARA 2025 merupakan bantuan tambahan dalam bentuk kredit barangan keperluan asas yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima. Program ini membolehkan rakyat membeli barangan penting seperti beras, telur, ubat-ubatan, sabun dan peralatan sekolah di premis-premis terpilih.
Kategori | Kelayakan | Jumlah SARA |
---|---|---|
Isi Rumah (Miskin eKasih) | RM2,100 setahun | RM100 (Jan–Mac), RM200 (Apr–Dis) |
Warga Emas (Miskin eKasih) | RM1,650 setahun | RM100 (Jan–Mac), RM150 (Apr–Dis) |
Bujang (eKasih) | RM600 setahun | RM50 sebulan (Jan–Dis) |
Isi Rumah (bukan eKasih) | RM900 setahun | RM100 (Apr–Dis) |
Warga Emas (bukan eKasih) | RM450 setahun | RM50 (Apr–Dis) |
Pelaksanaan SARA dikendalikan oleh Yayasan MyKasih melalui rangkaian kedai seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart dan lain-lain. Semakan kelayakan boleh dibuat menerusi portal rasmi STR atau MyKasih.
3. Bantuan eWallet & MyKad (Kredit Tanpa Tunai)
Sebahagian bantuan kerajaan seperti SARA dan program khas eWallet negeri (contohnya BINGKAS Selangor dan YONO Sabah) turut menyalurkan kredit ke dalam MyKad atau aplikasi eWallet penerima. Bantuan dalam kategori ini biasanya digunakan untuk pembelian barangan seperti:
- Barang dapur (beras, minyak, telur, roti)
- Ubat dan keperluan kesihatan
- Barang kebersihan diri
- Peralatan sekolah
4. Bantuan Negeri & Inisiatif Khas
Beberapa negeri menawarkan bantuan kerajaan melalui program masing-masing:
- BINGKAS Selangor: Bantuan eWallet RM300 sebulan kepada keluarga B40
- PSKR Sabah: Bantuan tunai dan bakul makanan kepada rakyat miskin Sabah
- Skim Perubatan MADANI: Akses perubatan percuma di klinik panel kepada golongan B40
5. Bantuan Pendidikan & Anak
- Peranti Siswa: Bantuan tablet percuma untuk pelajar IPTA dari keluarga B40
- Bantuan Awal Persekolahan: RM150 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah
- Bantuan Kanak-Kanak (JKM): RM150–RM450 sebulan mengikut jumlah anak
6. Bantuan Warga Emas & OKU
- STR Warga Emas: RM600 tunai + RM450 SARA
- Bantuan OKU (JKM): RM300–RM500 bergantung jenis keperluan
7. Program Lain Yang Berterusan
- i-Saraan KWSP: Insentif caruman KWSP untuk suri rumah dan pekerja tidak formal
- Bantuan iRahmah & iBantuan: Bantuan tambahan dari Kementerian khusus
Baca Juga: STR Fasa 3: Bayaran Bantuan Mengikut Bank | Semak Sekarang
Maklumat Lanjut & Semakan
- Portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- MyKasih: https://www.mykasih.com.my/
- Semakan SARA: https://app.mykasih.net/sara2/
Soalan Lazim Bantuan Kerajaan 2025 (FAQ)
1. Apakah jenis bantuan kerajaan yang ditawarkan pada tahun 2025?
Terdapat beberapa jenis bantuan utama termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad, bantuan eWallet negeri seperti BINGKAS, bantuan pelajar seperti PerantiSiswa, dan bantuan bulanan JKM untuk kanak-kanak, warga emas serta OKU.
2. Siapakah yang layak menerima STR 2025?
Pemohon layak jika mereka merupakan isi rumah, warga emas tiada pasangan atau bujang yang berpendapatan rendah. Had umur dan pendapatan berbeza mengikut kategori. Kelayakan tertakluk kepada semakan dan data terkini daripada LHDNM.
3. Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan STR dan SARA 2025?
Untuk makluman anda, semakan boleh dibuat di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk STR dan https://www.mykasih.com.my/ untuk SARA. Anda juga boleh menyemak baki MyKad anda secara online di pautan MyKasih yang disediakan.
4. Adakah saya perlu daftar untuk bantuan SARA?
Tidak perlu. Kelayakan SARA adalah automatik bagi penerima STR yang termasuk dalam senarai miskin tegar eKasih atau kategori isi rumah serta warga emas tiada pasangan.
5. Apakah jenis barang yang boleh dibeli menggunakan SARA?
SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak, telur, ubat, sabun, roti, makanan dalam tin dan barangan persekolahan di kedai runcit terpilih yang berdaftar dengan MyKasih.
6. Dimanakah bantuan SARA dalam MyKad boleh digunakan?
Ianya boleh digunakan di lebih 1,200 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara termasuk Lotus’s, Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart, The Store, Pacific dan lain-lain.
7. Adakah saya boleh membawa baki bulanan SARA ke bulan seterusnya?
Ya, baki elaun yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
8. Saya tiada akaun bank. Bolehkah saya terima bayaran STR?
Boleh. Bayaran tunai boleh diambil di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) jika tiada maklumat akaun atau bayaran gagal dikreditkan.
9. Bagaimana jika MyKad saya hilang atau rosak?
Sila hubungi Talian MyKasih di 03-7720 1800 untuk tindakan lanjut dan pengecualian sementara pembelian secara manual. Anda perlu buat kad baharu untuk pembelian seterusnya.
Baca Juga: Bantuan Bil Elektrik RM40 – Cara Semak & Syarat Kelayakan

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.