Rayuan STR 2025 – Tarikh Rayuan, Bayaran & Permohonan

Kongsi Artikel Ini

Rayuan STR boleh dilakukan sekiranya permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) anda berstatus TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK. Anda boleh membuat semakan dan rayuan STR boleh dilakukan melalui pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Untuk pengtahuan anda, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 sudah mula dikreditkan bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) secara berperingkat. Tarikh ini diawalkan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4 pula, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.

Isi Kandungan

Cara Semak Status STR 2025

Bagi anda yang ingin mengetahui status permohonan, anda boleh membuat semakan status permohonan STR 2025 melalui beberapa kaedah rasmi:

  • Langkah 1: Portal Rasmi STR. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
  • Langkah 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
  • Langkah 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Langkah 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)

Atau, anda boleh rujuk gambar di bawah:

 

cara semak str

cara semak str cara semak str

Bayaran STR FASA 4 2025

Pembayaran STR 2025 Fasa 4 bagi Penerima Sedia Ada STR 2025 adalah seperti perincian berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan – mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat.
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – mulai 21 Oktober 2025.

Penerima bayaran STR 2025 Fasa 4 merujuk kepada permohonan STR 2025 yang berstatus Lulus.

Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.

Infografik Bantuan STR

infografik str

Langkah Selepas Status Tidak Lulus

Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Status STR TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK:

1.Sediakan Dokumen Sokongan:

Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.

2. Semak Alasan Tidak Lulus:

Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.

3. Permohonan Rayuan:

Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Cara Buat Rayuan STR

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Secara Dalam Talian (Online):

  • Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  • Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  • Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.

Secara Manual di Kaunter LHDNM:

  • Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
  • Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
  • Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
  • Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima

NOTA:

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.

  • Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
  • Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.

Dokumen Sokongan Diperlukan

Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR:

dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str
dokumen sokongan str

Rayuan STR Fasa 4

Rayuan STR 2025 untuk Fasa 4 telah dibuka kepada pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDNM, iaitu dari 2 Januari hingga 30 September 2025. Ini bermaksud tempoh permohonan rayuan STR Fasa 4 2025 sudah DITUTUP.

Pembayaran untuk rayuan STR Fasa 4 dan juga permohonan baru akan mula dibuat secara berperingkat bermula 13 November 2025 sama ada secara pengkreditan terus ke akaun bank atau penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bila Rayuan STR Masuk?

Dah buat rayuan, tapi tertanya-tanya bila rayuan STR Masuk?

Pembayaran bagi pemohon yang membuat Rayuan STR 2025 serta permohonan baru untuk fasa 4 (akhir), akan disalurkan secara berperingkat pada 13 NOVEMBER 2025.

Pembayaran Fasa 4 bagi yang berstatus lulus pula telah pun mula dikreditkan pada 18 Oktober 2025 secara berperingkat.

Penerima rayuan yang diluluskan hanya akan menerima bayaran bermula fasa kelulusan tersebut dan seterusnya, mengikut kategori kelayakan masing-masing. Ini bermakna, anda akan menerima bayaran untuk Fasa 4 sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan anda.

Atau, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah(STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Baca Juga:

  1. STR Fasa 4 | Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran 2025
  2. Rayuan STR Dah Masuk? Tarikh & Cara Mohon Rayuan

 

Leave a Comment