Bantuan RM100 SARA ataupun Sumbangan Asas Rahmah 2025 adalah bantuan tambahan yang meringankan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah, terutamanya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan miskin/ miskin tegar eKasih.
Untuk makluman anda, semakan kelayakan SARA boleh dilakukan di pautan rasmi https://sara.gov.my mulai 21 Ogos 2025.
Anda juga boleh semak Bantuan Penghargaan SARA UNTUK SEMUA di pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti dalam paparan di bawah.
Pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada tahun 2007 dan sebelum akan menerima bantuan ini, termasuk penerima SARA sedia ada.
Isi Kandungan
Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan RM100 SARA) 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tanpa tunai yang disalurkan terus ke MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.
Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya melalui kredit yang boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan asas yang telah disenaraikan, seperti beras, minyak masak, tepung, susu, telur, ikan, ayam, sayur, dan pelbagai lagi keperluan dapur.
Mulai tahun 2025, bantuan ini diagihkan melalui program MyKasih untuk memudahkan penerima membeli barangan asas keperluan harian seperti beras, minyak masak, telur, sayur, dan pelbagai lagi.
Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri mengumumkan berita gembira: setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 SARA secara one-off pada 31 Ogos 2025.
Muat Turun Aplikasi MyKasih/ Sara 2025
Aplikasi MyKasih untuk SARA 2025 boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store (untuk Android) dan Apple App Store (untuk iOS).
Aplikasi ini membolehkan penerima bantuan semak baki kredit SARA dalam akaun MyKad mereka, melihat jenis barangan yang boleh dibeli, serta mencari kedai runcit berdaftar yang menerima pembayaran secara cashless menggunakan MyKad.
Beberapa maklumat penting tentang aplikasi MyKasih dan SARA 2025:
- Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad bagi golongan miskin dan miskin tegar bermula 15 Januari 2025, dengan jumlah maksimum RM2,100 setahun.
- Aplikasi membolehkan semakan baki, status bantuan, dan lokasi kedai berdaftar dengan mudah melalui telefon bimbit.
- Pada tahun 2025, penyaluran SARA diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, dengan lebih 1,200 kedai runcit berdaftar.
- Terdapat isu teknikal sementara yang telah menyebabkan aplikasi MyKasih dinyahaktifkan sementara waktu pada pertengahan 2025, namun urusan pembelian masih boleh dilakukan seperti biasa melalui MyKad.
- Anda boleh lawati laman rasmi MyKasih untuk maklumat lanjut dan pautan muat turun aplikasi.
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dialog.mykasih
- Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/mykasih/id6475543947
Jumlah Bantuan Bantuan RM100 SARA 2025
Jumlah bantuan SARA 2025 berbeza mengikut kategori penerima:
Kategori Penerima STR 2025 | Status Miskin & Miskin Tegar eKasih | Status Selain Miskin & Miskin Tegar eKasih |
Isi Rumah(Tiada had umur) | RM2,100 setahun– RM100 sebulan (Jan – Mac)- RM200 sebulan (Apr – Dis) | RM900 setahun– RM100 sebulan (Apr – Dis) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 setahun– RM100 sebulan (Jan – Mac)- RM150 sebulan (Apr – Dis) | RM450 setahun– RM50 sebulan (Apr – Dis) |
Bujang(21–59 tahun) | RM600 setahun– RM50 sebulan (Jan – Dis) | – |
Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/ SARA 2025
Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Beras
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Roti
- Biskut
- Mi Segera
- Makanan Dalam Tin
- Minuman
- Bahan Perasa
- Produk Kebersihan Diri
- Keperluan Sekolah
- Ubat-ubatan
- Barangan Kebersihan Rumah
Cara Beli Barang Menggunakan Bantuan RM100 SARA
Tunjukkan MyKad di kaunter untuk juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. Masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Baca Juga: Bantuan Ibu Tunggal 2025 | Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Langkah-langkah membeli barangan:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barang yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru.
I - mbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Maklumat Lanjut Bantuan RM100 SARA
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut: https://www.mykasih.com.my
Atau, hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 .
Baca Juga: STR Fasa 4 | Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran 2025

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.