Kepada semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT), sukacita dimaklumkan bahawa anda layak menerima e-Baucar Buku yang bernilai RM100! Baucar Buku MADANI RM100 boleh ditebus mulai 28 Ogos – 12 Disember 2025 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).
Inisiatif ini bakal memanfaatkan 500,000 pelajar merangkumi universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar serta mengurangkan beban kewangan.
Di samping itu, ia juga bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, terutamanya mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Baucar Buku Madani 2025 Untuk Pelajar IPT
Baucar Buku Madani merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memupuk budaya cintakan ilmu dan buku, di samping menggalakkan amalan membaca khususnya dalam kalangan pelajar IPT.
Para pelajar yang layak akan menerima baucar pembelian buku berjumlah RM100. Program ini dilaksanakan mulai 28 Ogos hingga 12 Disember 2025 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace)
Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Menuntut di IPT di bawah seliaan KPT – termasuk Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.
- Berstatus aktif sebagai pelajar pada 30 Jun 2025.
- Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf Diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional.
- Mod pengajian separuh dan sepenuh masa.
Cara Penebusan Baucar Buku Madani Melalui MySISWAPLACE
Untuk membuat semakan kelayakan dan menebus baucar buku fasa 2 bagi pelajar IPT dan IPG, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:
- Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
- Kod akan dijana sekiranya layak.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
NOTA: Baucar yang telah ditebus, sah laku pembelian hanya dalam tempoh 7 hari sahaja.
Tempoh Penebusan
Penebusan boleh dibuat mulai 28 Ogos (mulai jam 12 tengah hari) sehingga 12 Disember 2025 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).
Untuk baucar buku yang telah ditebus, para pelajar boleh menggunakannya untuk membeli buku dalam tempoh 7 hari sahaja.
Baca Juga: STR Fasa 4 | Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran 2025
Maklumat Lanjut
Sila rujuk soalan lazim berikut:
Apa itu Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2025?
Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2025 ialah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kerajaan MADANI untuk memberikan baucar bernilai RM100 kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia bagi tujuan pembelian bahan bacaan.
Siapa yang layak menerima baucar buku ini?
Syarat kelayakan adalah :
1.Warganegara Malaysia sahaja.
2. Menuntut di IPT di bawah seliaan KPT – termasuk Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.
3. Berstatus aktif sebagai pelajar pada 30 Jun 2025.
4. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf Diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional
5. Mod pengajian separuh dan sepenuh masa
Bila tarikh pelaksanaan Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2025?
Pelaksanaan akan bermula pada 28 Ogos 2025 hingga 12 Disember 2025.
Bagaimana cara menebus Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2025?
Penebusan baucar boleh dibuat melalui portal rasmi MySiswaPlace, iaitu platform sehenti di pautan https://mysiswaplace.my/ untuk:
-Semakan kelayakan
-Penjanaan baucar
-Penebusan baucar
-Pembelian bahan bacaan secara atas talian
Apakah jenis bahan bacaan yang boleh dibeli menggunakan baucar ini?
Pelajar boleh membeli lebih 1 juta judul bahan bacaan, termasuk:
-Buku fizikal
-E-book
-Buku akademik
-Bahan rujukan
-Bacaan ilmiah
-Bacaan umum daripada lebih 250 rakan niaga
Adakah pelajar antarabangsa layak menerima Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2025?
Tidak. Inisiatif ini khusus untuk pelajar IPT warganegara Malaysia sahaja.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi, atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi atau rujuk pautan siaran media rasmi : https://www.mohe.gov.my/

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.