Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), melalui agensinya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menyediakan sebanyak 11 jenis bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan sasar KPWKM. Antara bantuan yang ditawarkan termasuklah Bantuan Kanak-kanak.
Bantuan Kanak-kanak atau BKK merupakan bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak/ kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang sudah kehilangan penjaga.
Tujuan bantuan ini adalah untuk memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup.
Tertakluk pada beberapa kriteria, kanak-kanak yang layak akan memperoleh bantuan sebanyak RM200 sebulan (minimum) sehingga RM1000 sebulan (maksimum).
Isi Kandungan
Matlamat & Tujuan BKK JKM
Program ini dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM) dan bertujuan untuk membantu keluarga atau penjaga kepada anak/kanak-kanak, serta kanak-kanak yang tidak mempunyai atau kehilangan penjaga, agar mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kehidupan tanpa menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan mereka mengikut peringkat umur.
Selain itu, BKK JKM juga bertujuan untuk memelihara serta memperkukuhkan institusi keluarga yang bertanggungjawab dalam memberikan jagaan yang sempurna kepada kanak-kanak, termasuk aspek kasih sayang dan perhatian.
Kadar Bantuan
Kadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM200 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:
Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK) (RM) |
Umur |
---|---|
250 | 6 tahun ke bawah |
200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
*Kadar bantuan maksimum RM1000/sebulan sekeluarga |
Berdasarkan jadual di atas, kadar bantuan bagi tahun 2025 telah meningkat sebanyak RM50 berbanding tahun 2024.
Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Kanak-kanak JKM
1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Keluarga atau penjaga yang menjaga anak/kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa, atau
- PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
4. Keluarga/penjaga dan kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu bapa/penjaga/saudara mara juga layak dipertimbangkan jika pendapatan bulanan tidak melebihi PGK seperti di atas.
5. Anak/kanak-kanak tanpa penjaga layak, seperti:
- Ibu/bapa bukan warganegara,
- Ibu/bapa diisytihar bankrap/muflis,
- Ibu/bapa Orang Kurang Upaya (OKU) mental.
Dalam kes ini, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak.
6. Tidak layak menerima BKK jika:
- Anak/kanak-kanak menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK), Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau apa-apa bantuan bulanan lain daripada JKM.
- Anak/kanak-kanak berumur 16 tahun ke atas, telah bekerja sepenuh masa dan tidak lagi bersekolah.
7. Kes-kes khas yang melebihi had PGK atau mempunyai alasan yang munasabah boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah.
Muat turun borang permohonan: JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
Langkah-langkah Permohonan
1. Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian
1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang diterima akan melalui proses siasatan dan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan.
- Proses ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya bersifat hak.
2. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/ Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
3. Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
2. Permohonan Online
Anda juga boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Secara dalam talian melalui pautan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan jika anda ingin memohon bantuan BKK JKM ini:
- Borang Pemohonon JKM 18
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan MyKad/MyKid/sijil lahir ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/Slip Pendaftaran Semasa (Bagi Pemohon OKU)
- Salinan sijil kematian/penceraian (Jika Berkaitan)
- Pengesahan rawatan dari klinik atau hospital (Jika Berkaitan)
- Penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (Jika Bekerja Sendiri)
- Salah satu salinan bil utiliti (Bil Air/Bil Elektrik/Telefon/Astro dll)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM.
Ada juga bolehmenghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
- Telefon: 03-8000-8000
- Emel: [email protected]
Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan 2025 Kepada Golongan B40 & M40. Mohon Sekarang!

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.