Rumah PPR atau Program Perumahan Rakyat merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula golongan setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Untuk makluman, permohonan Rumah PPR masih dibuka sepanjang tahun 2025 bagi setiap negeri bagi yang layak.
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek dan permohonan rumah PPR di seluruh Malaysia.
Isi Kandungan
Kategori Rumah PPR
Untuk makluman, rumah ppr terdiri daripada 2 kategori iaitu:
1. PPR Disewa
- Program PPR Disewa telah dilancarkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124.00 sebulan.
2. PPR Dimiliki
- Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan berpendaptan rendah untuk memiliki rumah.
- Rumah-rumah PPR Dimiliki ditawarkan pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak harganya adalah RM42,000 seunit.
Ciri-ciri Rumah PPR
Semua rumah yang dibina di bawah program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan mematuhi spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah seperti yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Rumah Pangsa Kos Rendah (CIS3:2005).
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
- Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air;
- Kemudahan asas:
- Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai
- Surau/ Ruang Solat
- Gerai Makan/ Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/ Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Senarai penuh projek di setiap negeri boleh disemak di pautan berikut: https://teduh.kpkt.gov.my/project
Baca Juga : MyKad Bukan Sekadar IC, Ini Cara Guna Duit Dalam Kad Anda
Syarat Mohon Rumah PPR
Syarat-syarat bagi Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
Cara Mohon Rumah PPR
Proses permohonan dan pengisian dikendalikan oleh Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan Negeri, atau Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR di negeri masing-masing melalui alamat INI.
Bagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan salah satu modul dalam platform TEDUH yang berperanan sebagai pusat sehenti (one-stop centre) bagi individu yang ingin memohon program perumahan di bawah kendalian Jabatan Perumahan Negara, KPKT.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rumah PPR online melalui Portal TEDUH:
1. Daftar Portal TEDUH
Layari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN.
Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.
2. Aktifkan Akaun & Log Masuk
Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
3. Pilih Skim
Sila semak syarat dan kelayakan pemohon bagi setiap skim sebelum membuat permohonan.
Maklumat senarai projek yang sedang dibuka untuk permohonan boleh didapati di bahagian kanan pilihan skim.
Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.
Nota:
Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.
Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
4. Masukkan Maklumat Pemohon
Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
5. Pilih Projek Rumah PPR
Klik pada pautan ‘Projek’ untuk membuat permohonan.
Pilih ikon projek yang dipaparkan atau cari projek berdasarkan nama dan negeri.
Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR dalam projek yang dipilih.
Klik “Ya” untuk meneruskan proses permohonan atau “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.
6. Muatnaik Dokumen Sokongan
Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
7. Pengesahan & Hantar
Tandakan kotak pengesahan maklumat permohonan, kemudian klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan anda.
Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.
Maklumat Lanjut
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Waktu Perkhidmatan:
Isnin hingga Khamis
9:00 am – 1:00 pm
1:00 pm – 2:00 pm (Rehat)
2:00 pm – 4:30 pm
Jumaat
9:00 am – 12:00 pm
12:00 pm – 2:45 pm (Rehat)
2:45 pm – 4:30 pm
Skim PPR:
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Bahagian Pemantauan Swasta:
Tel: 03-8891 4200
Teknikal / Masalah Sistem:
Tel: 03-8891 4475
Emel: [email protected]
Meja Bantuan:
https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.