Cuti Sekolah 2025: Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengeluarkan takwim cuti sekolah bagi tahun 2025 / 2026 di seluruh negeri di Malaysia.
Takwim ini merangkumi Cuti Akhir Tahun Persekolahan Sesi 2025/2026, cuti perayaan, cuti penggal, cuti akhir tahun serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi baharu 2025/2026.
Cuti Sekolah 2025/2026 ini penting untuk diberi perhatian bukan sahaja oleh murid, tetapi juga oleh ibu bapa dan guru bagi memudahkan perancangan pembelajaran murid di sekolah serta perancangan cuti panjang bersama keluarga.
Isi Kandungan
Tarikh Buka Sekolah Sesi 2025 / 2026
Untuk makluman, sesi persekolahan bagi tahun akademik 2025 / 2026 akan bermula pada tarikh berikut:
- Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 16 Februari 2025
- Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 17 Februari 2025
Takwim Persekolahan & Tarikh Cuti Penggal Sesi Persekolahan 2025 / 2026
Kumpulan A
Kumpulan A merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu).
- Tarikh permulaan sesi sekolah: 16 Feb 2025
- Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025
- Cuti Penggal 2: 12 Sept – 20 Sept 2025
- Cuti akhir persekolahan sesi 2025 / 2026: 19 Dis 2025 – 10 Jan 2026
Kumpulan B
Kumpulan B merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Tarikh permulaan sesi sekolah: 17 Feb 2025
- Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025
- Cuti Penggal 2: 13 Sept – 21 Sept 2025
- Cuti akhir persekolahan sesi 2025 / 2026: 20 Dis 2025 – 11 Jan 2026
Cuti Sekolah 2025 Perayaan Sesi 2025 / 2026
Berikut merupakan senarai Cuti Perayaan bagi Sesi 2025/2026 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
1. Tahun Baru Cina 2025
- 29 dan 30 Januari 2025
- (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025 / 2026)
2. Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja)
- 30 dan 31 Mei 2025
- (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
3. Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja)
- 1 dan 2 Jun 2025
- (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025 / 2026)
4. Hari Krismas
- 25 Disember 2025
- (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025 / 2026)
Hari Kelepasan Am (Peringkat Persekutuan)
Bagi memudahkan perancangan cuti anda, sila rujuk jadual di bawah yang menyenaraikan hari kelepasan am peringkat Persekutuan seperti berikut:
Hari Kelepasan Am (Peringkat Negeri)
Untuk memudahkan perancangan cuti anda, sila rujuk jadual di bawah yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Negeri seperti berikut:
Maklumat Lanjut Cuti Sekolah 2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik
Baca Juga: Anda layak terima Bantuan RM200 setiap bulan ke dalam MyKad – Semak Segera!

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.