KOTA KINABALU: Mayat lelaki ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan lereng bukit, Pantai ODEC, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.
Mayat lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu ditemui pada jam 1.20 tengah hari dalam keadaan tergantung dengan tali.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bantuan mengangkat mayat yang tergantung di atas pokok di kawasan lereng bukit.
“Sebaik pasukan operasi tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang lelaki tergantung di dahan sebatang pokok.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk menurunkan mangsa menggunakan tali penyelamat dengan kaedah sistem takal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 2.55 petang tadi,” katanya.
Penulis di Triviamy merupakan individu yang berminat dalam penulisan digital, perkongsian ilmu dan penyampaian maklumat secara ringkas dan mudah difahami.
Berpengalaman dalam dunia kandungan atas talian, penulis memberi fokus kepada:
Penyampaian fakta yang jelas dan tepat
Gaya penulisan santai dan mesra pembaca
Kandungan yang relevan dengan minat pembaca semasa
Setiap artikel ditulis dengan tujuan untuk memberi nilai kepada pembaca, bukan sekadar hiburan semata-mata.
