Senarai Cuti Sekolah & Cuti Panjang Tahun 2022/2023

Kongsi Artikel Ini

Senarai Cuti Sekolah

Ramai yang nak tahu senarai cuti sekolah sebab nak rancang banyak aktiviti seperti percutian, majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan banyak lagi. Ye lah bila nak bercuti ni ataupun nak buat majlis, banyak benda perlu fikir termasuklah kos kewangan nak kumpul untuk aktiviti tersebut kan. Kalau boleh nak dapatkan tarikh yang banyak cuti sikit tak ada lah penat sangat kan bila buat majlis atau pergi bercuti nanti, masih ada hari yang boleh berehat sebelum pergi bekerja.




Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak cuti oleh kerana masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum di Malaysia mempunyai perayaan masing-masing contohnya Raya Aidiladha, Aidilfitri perayaan orang Melayu atau Islam, Tahun Baru Cina perayaan orang Cina, Deepavali perayaan orang India dan sebagainya. Jadi hampir setiap perayaan setiap kaum menjadi cuti persekutuan atau seluruh negeri di Negara ini.

Isi Kandungan

Senarai Cuti Sekolah Tahun 2022 & 2023


Bagi memudahkan orang ramai, berikut adalah senarai cuti sekolah, hari kelepasan am persekutuan, hari kelepasan am negeri, di Malaysia mengikut turutan:

1) Bulan September 2022

Cuti Penggal 2, Sesi 2022/2023

  • 2 September 2022 (Kump. A) / 3 September 2022 (Kump. B) – Mula
  • 10 September 2022 (Kump. A) / 11 September 2022 (Kump. B) – Tamat

Hari Malaysia



  • 16 September 2022 (Jumaat) – Cuti Umum
  • 18 September 2022 (Ahad) – Cuti Dibawa Ke Depan

2) Bulan Oktober 2022

Maulidur Rasul 

  • 8 Oktober 2o22 (Sabtu)
  • 9 Oktober 2022 (Ahad) – Cuti Umum
  • 10 Oktober 2022 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan

Cuti Deepavali



  • 22 Oktober 2022 (Sabtu)
  • 23 Oktober 2022 (Ahad) – Cuti Tambahan KPM (Kump. A)
  • 24 Oktober 2022 (Isnin)  – Cuti Umum
  • 25 Oktober 2022 (Selasa) – Cuti Tambahan KPM (Kump. A & B)
  • 26 Oktober 2022 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kump. B)

3) Bulan Disember 2022

Cuti Penggal 3, Sesi 2022 / 2023 & Cuti Krismas

  • 9 Disember 2022 (Jumaat) – Mula
  • 23 Disember 2022 (Jumaat)
  • 24 Disember 2022 (Sabtu)
  • 25 Disember 2022 (Ahad) – Cuti Umum
  • 26 Disember 2022 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan
  • 31 Disember 2022 (Sabtu) – Tamat

4) Bulan Januari 2023


Tahun Baru 2023

  • 1 Januari 2023 (Ahad)
  • 2 Januari 2023 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan

Tahun Baru Cina

  • 20 Januari 2023 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kump. B)
  • 21 Januari 2023 (Sabtu)
  • 22 Januari 2023 (Ahad) – Cuti Umum
  • 23 Januari 2023 (Isnin) – Cuti Umum
  • 24 Januari 2023 (Selasa) – Cuti Tambahan KPM (Kump. A)

5) Bulan Februari 2023




Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2022/2023

  • 17 Februari 2023 (Jumaat) – Mula
  • 11 Mac 2023 (Sabtu) – Tamat

* Senarai cuti akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Takwim Persekolahan Sesi 2022/2023 & Cuti Perayaan



Senarai Cuti Sekolah



Senarai Cuti Sekolah



Senarai Cuti Sekolah

Maklumat Lanjut




Sila muat turun takwim penuh senarai cuti sekolah dan cuti panjang tahun 2022/2023 di sini : KLIK SINI 

Layari www.triviamy.com untuk dapatkan info terkini berkenaan Isu Semasa, Bantuan Kerajaan & Kerjaya sepanjang tahun 2022.

Leave a Comment