Kadar Bayaran Zakat Fitrah & Cara Bayar Zakat Selangor Online 2022

Makluman mengenai kadar zakat fitrah di Selangor tahun 2022 telah ditetapkan pada harga RM 7.00 setiap seorang.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Muhd Fikri Naim Harun berkata, bagi penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan dengan harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh masyarakat di Selangor.

Beliau telah berkata, LZS bagaimanapun sangat menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan setiap hari untuk diri dan tanggungan.

“Secara tidak langsung, kita berpeluang bagi melakukan kebaikan dalam meraih keberkatan Ramadan.

PENGENALAN ZAKAT FITRAH

Untuk pengetahuan anda, Zakat Fitrah adalah zakat yang DIWAJIBKAN ke atas individu lelaki dan juga perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat yang tertentu dan dibayar pada BULAN RAMADAN sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

ZAKAT FITRAH hanya akan ditunaikan pada bulan RAMADAN sahaja untuk setiap tahun.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SELANGOR 2022

Kadar bayaran zakat fitrah berkenaan adalah seperti yang berikut:

  • RM 7.00 seorang bagi seorang individu yang memakan beras biasa (Beras Super Spesial Tempatan 5%).
  • RM 14.00 seorang bagi individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi.
  • RM 21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi, beras jepun dan juga beras merah.

Galakan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang telah dimakan ini sudah dilaksanakan LZS sejak 2018 lagi.

Justeru itu, LZS juga turut melantik seramai 2,745 orang ketua serta penolong amil fitrah di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai kadar bayaran zakat fitrah negeri Selangor bagi tahun 2022.

CARA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH ONLINE

Untuk memudahkan lagi umat Islam di Selangor untuk menunaikan bukan sahaja zakat fitrah malahan zakat harta pada Ramadan, LZS telah menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan juga selamat.

Anda boleh membuat bayaran secara online melalui kaedah yang berikut:

Kepada Masyarakat Islam dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil yang dilantik LZS yang telah dibekalkan kad tauliah dan juga mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan sepanjang waktu berurusan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info lanjut berkaitan dengan zakat fitrah dan juga Lembaga Zakat Selangor, sila rujuk laman web https://www.zakatselangor.com.my/

Leave a Comment