Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022 Kini Dibuka

Makluman mengenai Yayasan Johor Corporation kini telah menawarkan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Bantuan pendidikan ini telah diperkenalkan untuk menampung kos perbelanjaan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.



Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai bantuan pendidikan yang ditawarkan ini bagi bakal pemohon yang berminat.

PENGENALAN BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN JOHOR CORPORATION

Buat Pengatahuan anda, Yayasan JCorp sebagai ejen pelaksana tanggungjawab sosial korporat dengan penerapan elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk merealisasikan misi Membina & Membela JCorp yang telah melibatkan pelajar sekolah dan universiti, guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat.

Bantuan Pendidikan merupakan inisiatif berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang telah diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off).




Semua permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.

Kelebihan Bantuan

    • Dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.
    • Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa ada sebarang kesulitan.



SYARAT PERMOHONAN

Calon mestilah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut:

    • Permohonan akan dilakukan dengan mengisi borang digital sahaja.
    • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
    • Permohonan bantuan dilakukan untuk kali pertama (sekali sahaja).
    • Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
    • Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
    • Institut yang telah diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
    • Tawaran terbuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
    • Permohonan hendaklah disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.




CARA MOHON

Kepada yang berminat untuk memohon, sila ikuti panduan berikut:

    • Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
    • Klik butang “Daftar Sekarang.”
    • Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
    • Muat naik dokumen lampiran permohonan.
    • Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.



Dokumen Yang Diperlukan

Calon diminta untuk memuat naik dokumen seperti yang disenaraikan:

  • Borang kemasukan ke IPT.
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.
  • Semua dokumen perlulah disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN




Kepada pelajar yang berkelayakan boleh melakukan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 28 Julai 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.

Leave a Comment