Web Hosting Malaysia: Yang Terbaik & Laju

Makluman kepada anda semua terdapat senarai ranking web hosting malaysia yang terbaik & speed laju tetapi harga murah bagi tahun 2021 antara exabytes, shinjiru, bluehost, webServer, yeahhost, hostinger

Berdasarkan daripada pengalaman kami sendiri sudah lebih 10 tahun di dalam lapangan internet marketing, kami akan kongsikan senarai website hosting malaysia yang yang terbaik sepanjang kami telah menguruskan beberapa portal. Untuk pemilihan web hosting cukup penting agar dapat memastikan operasi website anda tidak mengalami sebarang masalah seperti uptime, apabila terdapat masalah senang untuk hubungi bahagian support.

Terdapat banyak Syarikat web hosting di Malaysia. Ada juga yang bagi harga murah, tetapi servis tidak memuaskan. Ada pula bagi harga yang mahal, tetapi servisnya memuaskan. Ada juga yang bagi harga mahal, servis sangat mengecewakan. Terlalu banyak. Jadi tugas kami adalah supaya memudahkan anda untuk memilih!

Berbanding yang ada Malaysia, terdapat banyak lagi syarikat web hosting di luar negara yang boleh kami cadangkan dan sudah semestinya terbaik untuk anda gunakan seperti BLUEHOST ataupun KINSTA.

Hal ini kerana kami sendiri telah menggunakannya dan kami sangat berpuas hati. Tetapi sekiranya untuk permulaan/NEWBIE, kami cadangkan untuk anda rujuk senarai website hosting Malaysia seperti yang ada di bawah ini.

SENARAI WEB HOSTING MALAYSIA YANG TERBAIK

Untuk pengetahuan anda semua, selepas menggunakan kelima-lima syarikat web shoting Malaysia, ini adalah senarai ranking web hosting malaysia yang terbaik berdasar pengalaman kami selama tempoh 10 tahun.

RANKING WEBSITE HOSTING MALAYSIA TAHAP
1 ServerFreak SANGAT MEMUASKAN
2 Ipserverone BERPUAS HATI
3 Datakl Ok
4 Exabytes Biasa
5 Netkl Biasa

1)SHARED WEB HOSTING MALAYSIA YANG SESUAI & TERBAIK UNTUK WORDPRESS

Kami telah bermula buat blog dengan menggunakan servis perkhidmatan dari NETKL.

Waktu itu kami masih bertatih lagi. Jadi apa sahaja yang ada di depan mata, kami gunakan sahaja. Dulu NETKL sangat terkenal dengan penyedia domain yang jual pada harga yang murah untuk sesiapa yang mahu membuat blog. Itu waktu Dahulu.

Jadi alang-alang kami sudah beli domain di situ, kami terus subscribe hosting NETKL. Apa yang kami puji mengenai NETKL ini, support yang telah diberikan sangat bagus.

Hari berganti hari, pengunjung trafik ke blog terus meningkat. Malangnya dengan spesifikasi pakej web hosting yang ada pada Netkl tidak menampung sangat.

Web Hosting

2) SEMI DEDICATED SERVER

Akhirnya kami pun berpindah ke web hosting DataKL. Kami telah memilih pakej semi dedicated server sesuai dengan kapasiti trafik blog kami pada masa itu.

Begitu juga dengan NETKL, support daripada pihak DATAKL juga sangat bagus. Sangat mudah menerima respon dari mereka setiap kali berhadapan dengan masalah.

Apabila trafik kami terus meningkat dengan sangat tinggi, syarikat Datakl pula tidak mampu untuk menawarkan pakej yang bersesuaian dengan kehendak semasa kami. Kami mesti memilih syarikat web hosting Malaysia yang lain pula untuk menguruskannya.

3) PINDAH KE DEDICATED SERVER MALAYSIA

(i) Ipserverone Malaysia

Pada kali ini kami telah memilih syarikat web hosting ipserverone. Buat kali pertama pada masa itu, kami telah memilih pakej dedicated server malaysia untuk website/blog kami.

Kami sangat berpuas hati dengan spesifikasi yang telah diberikan serta prestasi speed blog/website kami. Respond support daripada pihak mereka pun sangat memuaskan.

Tapi sayangnya pakej harga dedicated server yang telah diberikan agak mahal. Kami juga sempat menggunakan servis mereka sekitar 2 tahun lalu selepas itu kami bertindak untuk pindahkan/migrate blog/website kami ke syarikat yang lain.

(ii) Exabytes Malaysia

Sebelum kami bercadang untuk memilih exabytes, terus terang kami ada rancangan untuk ambil pakej dengan syarikat web hosting Shinjiru.

Ini adalah merupakan kedua pakej harga bagi kedua-dua syarikat pada masa itu hampir sama tetapi jauh lebih MURAH berbanding IPSERVERONE pada masa itu.

Tetapi entah mengapa kami memilih Exabytes pada waktu itu. Mungkin dengan iklan agresif Exabytes pada masa itu yang boleh nampak di mana-mana webiste serta blog yang ada di Malaysia. Akhirnya syarikat Exabytes telah jadi pilihan kami.

Malangnya, dengan prestasi dedicated server Exabytes yang tidak memuaskan serta support dari pihak mereka juga amat mengecewakan tidak setanding dengan status sebagai salah sebuah syarikat yang gah untuk menyediakan web hosting serta dedicated server di Malaysia.

4) DEDICATED SERVER MURAH & LAJU

Akhirnya, hari berganti hari tidak sedar sudah lebih 5 tahun serverfreak menjadi pilihan kami untuk menguruskan website serta blog kami sejak berpindah dari Exabytes sehingga ke hari ini.

Kesimpulannya, terdapat banyak syarikat web hosting di Malaysia seperti Yeah Host, Exabytes, Thegigabit, icore, webserver, internet web hosting (iwhost), ipserverone, shinjiru, jimat hosting, hostinger, syokhost, dan gb network. Yang terbaik semestinya SERVERFREAK.

VIDEO

SOALAN LAZIM

1. Apakah itu web hosting?
Maksud Web hosting ialah ibarat rumah bagi domain anda , dimana ianya merupakan sistem yang mampu menyimpan data untuk membuat website/laman web/blog anda aktif untuk tatapan pengguna/trafik. Semakin tinggi trafik, semakin tinggi kos web hosting serta semakin hebat spesifikasi hosting tersebut.

2. Apakah itu shared web hosting?
Anda sebagai pengguna shared web hosting di malaysia terpaksa berkongsi beramai-ramai dengan pemilik domain yang lain pada satu-satu masa. Sesuai untuk blog yang baru tetapi tidak lagi sesuai untuk website/blog yang sudah menerima peningkatan trafik.

3. Apakah itu dedicated server?
Dedicated server ialah komputer tunggal dalam rangkaian yang mana anda sebagai pemilih mempunyai hak tunggal untuk menggunakannya secara eksklusif tanpa berkongsi dengan sesiapa.

4. Pilihan terbaik dedicated server atau vps atau cloud server?
Didicated server adalah merupakan lebih baik serta yang terbaik berbanding dari VPS atau banding Cloud Server dalam banyak perkara termasuk prestasi CPU.

5. Berapakah kos harga untuk menggunakan dedicated server?
Kos harga dedicated server di Malaysia yang sesuai untuk trafik yang tinggi mesti di atas RM600 dan ke atas.

6. Bolehkah saya beli, memiliki serta menguruskan server dengan sendiri?
BOLEH! Dan anda akan mendapat kos yang lebih murah. Sekiranya anda mampu menguruskan server anda sendiri, sangat dipersilakan. Tetapi untuk kami yang tiada masa serta kepakaran, kami telah memberikan tugas tersebut sepenuhnya kepada yang lebih pakar dalam bidang lapangan ini.

Semoga dengan perkongsian untuk senarai ranking web hosting malaysia yang terbaik pada harga murah ini dapat membantu anda untuk buat blog & menguruskan website.

Leave a Comment