Wanita Sulawesi Telah Dilamar Oleh Seorang Jejaka Arab, Terima Mas Kahwin Berjumlah RM300,000

Wanita Sulawesi Telah Dilamar Oleh Jejaka Arab, Terima Mas Kahwin Sebanyak RM300,000

Seorang wanita yang bergelar seorang doktor berasal daripada Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara telah tular di media sosial apabila dipercayai telah dilamar oleh jejaka berasal daripada Arab Saudi, Ahmed, lapor Tribunnews.

Gadis yang bergelar doktor pada awalnya dikatakan telah diberikan mas kahwin yang berjumlah sebanyak RM450,000.



Telah difahamkan bahawa, pasangan tersebut mempunyai kelulusan doktor dari Fakulti Perubatan di China.

Menurut dari perkongsian bapa wanita tersebut, perkenalan di antara anaknya bersama jejaka Arab itu bermula ketika mereka berdua menuntut di China.

Mereka telah berkenalan selama empat tahun. Namun, sebelum menoktahkan hubungannya dengan Ahmed, anaknya sempat merasa ragu-ragu memandangkan mereka menjalinkan hubungan di luar negara.




Walaupun dengan itu gadis tersebut mula merasakan hubungan mereka serius apabila Ahmed bersungguh-sungguh mahu mengahwininya. Dengan kesungguhan itu, akhirnya dapat meyakinkan wanita tersebut untuk menerima lamaran jejaka berasal dari Arab itu.

Menurut gadis bapa, nilai mas kahwin anak perempuannya bukanlah berjumlah 1.5 miliar rupiah (RM450,000) seperti mana tular di media sosial itu, tetapi hanyalah berjumlah 1 miliar rupiah (RM 296,835) sahaja.



Nilai mas kahwin tersebut adalah atas inisiatif daripada pihak lelaki sendiri. Malah, Ahmed sendiri menyatakan sendiri kesediaannya untuk memberikan mas kahwin berjumlah RM296,835.

Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.




Jejaka Arab yang berasal dari Jeddah itu perlu menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta. Malah, keluarga pihak lelaki juga perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan nanti.

Leave a Comment