Program Vaksinasi Pelajar IPT Secara Walk-In, Hanya Perlu Tunjuk Kad Matrik

PELAKSANAAN PROGRAM VAKSINASI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) SECARA WALK-IN

Lebih 200,000 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang belum divaksin, kini boleh berbuat demikian secara ‘walk-in’ di pusat pemberian vaksin (PPV).

Keputusan ini telah diumumkan oleh Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merupakan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 8 September 2021.

Vaksinasi pelajar IPT ini sangat penting bagi membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam kampus pada masa hadapan.

 

vaksin ipt 1024x1024 1

 

vaksin ipt 01 1024x1024 1

 

Cara Untuk Dapatkan Vaksinasi Walk-In Pelajar IPT

Susulan daripada perjumpaan Menteri Pengajian Tinggi dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia pada minggu lalu, kerajaan telah bersetuju supaya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan vaksin secara “walk-in” di PPV terbuka.

Berikut adalah cara untuk mendapatkan vaksin bagi pelajar IPT secara walk-in :

  • Bagi mendapatkan vaksin, pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV yang berkenaan.
  • Bagi pelajar baharu, mereka boleh mengemukakan surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan untuk maksud tersebut.

 

Besarlah harapan Kementerian agar setiap warga IPT dapat mengambil peluang ini untuk divaksinasi sepenuhnya bagi membentuk imuniti kelompok di dalam kampus IPT masing-masing.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan pemberian vaksinasi IPT ini, sila rujuk laman Facebook Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)

ATAU

Dapatkan maklumat terkini yang sahih melalui laman web https://www.vaksincovid.gov.my/ atau Facebook JKJAV https://www.facebook.com/jkjavmy

ATAU

Nombor telefon : 1-800-88-8828

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan